Tengah Cari “Talent”, Stephen Chow Umum Projek Filem “Shaolin Women’s Soccer”

Stephen chow shaolin soccer perempuan

Tengah Cari “Talent”, Stephen Chow Umum Projek Filem “Shaolin Women’s Soccer”

HONG KONG — Bersempena dengan sambutan hari lahir yang ke-61, pelakon dan pelawak  Hong Kong, Stephen Chow mengumumkan rancangan untuk mengarahkan filem komedi terbaharu “Shaolin Women’s Soccer”, lapor Dimsum Daily.

Stephen Chow Umum Shaolin Soccer Versi Perempuan

Pengumuman tersebut telah menarik perhatian orang ramai berhubung klip rakaman yang mendedahkan skrip filem tersebut.

Difahamkan, ia bakal menjadi projek filem pertamanya sejak mengarahkan “The New King of Comedy” pada 2019. Tambah pelakon Shaolin Soccer itu, filem itu bakal menjadi produksi antarabangsa.

Gambar: Instagram Stephen Chow

Sehubungan itu, Chow menyeru kepada golongan wanita yang berbakat dari seluruh dunia untuk hadir dalam pencarian bakat untuk filem terbabit.

Walau bagaimanapun, dia menegaskan bahawa dia tidak mahu berlakunya pemalsuan atau penyuntingan gambar. Chow berkata dia hanya akan menerima permohonan yang sahih dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, pembantunya, Chris mengesahkan pencarian bakat akan dilakukan melalui e-mel dan butiran lanjut bakal diumumkan kemudian.

Sewaktu ditanya mengenai pelakon yang bakal membarisi filem itu, Chris menjelaskan mereka lebih tertumpu pada pencarian bakat buat masa ini. Manakala butiran produksi filem itu belum dimuktamadkan lagi.

BACA JUGA: Polis Evo 3 Kutip RM25 Juta, Kalahkan Polis Evo 2

Sementara itu, Chow turut berkata demikian dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Dalam hantaran tersebut mendedahkan sebuah buku yang tertera draf pertama filem berkenaan.

“Semua gadis dari seluruh dunia dialu-alukan. Lebih ramai lebih bagus!

“Bagi mereka yang layak, sila hantar gambar terkini dan maklumat terperinci ke mediacvinfo@gmail.com.

“Foto yang disunting tidak akan diterima. Ia bakal dikritik oleh kami dan  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu!” tulisnya secara berseloroh di platform berkenaan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stephen Chow (@stephenchow)

Stephen Chow

Gambar: Star Overseas

Stephen Chow atau nama sebenarnya Stephen Chow Sing-chi dilahirkan di Hong Kong pada tahun 1962.

Dia dibesarkan oleh ibunya selepas ibu bapanya berpisah. Dia mula menimba ilmu di Sekolah Rendah Heep Woh.

Pada usia sembilan tahun, dia mula mengidolakan Bruce Lee selepas menonton filem “The Big Boss”. Sejak itu, dia bercita-cita untuk terlibat dalam industri seni.

Di Sekolah Menengah San Marino, dia diterima masuk ke kelas lakonan TVB selepas tamat pengajian.

Namanya semakin dikenali dunia selepas membintangi filem komedi terkenal, Shaolin Soccer (2001).

Pada 2013, Chow telah dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Wilayah Guangdong ke-11 bagi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC)

Sumber: Dimsum Daily

The post Tengah Cari “Talent”, Stephen Chow Umum Projek Filem “Shaolin Women’s Soccer” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*