Konvokesyen: Tengku Permaisuri Selangor Zahir Titah Macam Penyampai Berita, Ramai Terpesona

Konvokesyen: Tengku Permaisuri Selangor Zahir Titah Macam Penyampai Berita, Ramai Terpesona

Baru-baru ini, tular video TikTok yang dikongsi oleh Universiti Teknologi MARA yang menyaksikan Tengku Pemaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menzahirkan titah ketika Istiadat Majlis Konvokesyen UiTM yang ke-98.

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan Tengku Permaisuri yang begitu anggun sedang membacakan titah seperti seorang penyampai berita. Nadanya yang tenang, suara yang jelas dan merdu, ramai yang terpesona dengan Baginda Tengku Permaisuri.

“…Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA ke-98 pada pagi ini.

“Matlamat utama Universiti Teknologi MARA adalah memastikan graduan mendapatkan pekerjaan seawal enam bulan pertama selepas bergraduasi.

“Dengan ini saya mengisytiharkan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA ke-98 ditangguhkan,” memetik titahnya yang dibacakan dalam nada seakan penyampai berita.

Di ruangan komen, ramai yang memuji Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Ada juga yang berkata terubat rindu mereka terhadap Tengku Permaisuri yang pernah bertugas menjadi seorang penyampai berita satu ketika dahulu.

Ada juga yang sempat bergurau dengan mengatakan, “Macam tengok Majalah Tiga,” apabila mereka menyaksikan video itu. Mana tidaknya, Tengku Permaisuri mempunyai nada suara yang membuatkan sesiapa yang mendengarnya akan khusyuk dan terpegun.

Terdapat pelbagai komen yang ditinggalkan pada ruangan komen video itu. Semua komen adalah positif dan tidak putus memuji Tengku Permaisuri.

“Terubat juga rindu nak dengar TPS baca berita macam dulu-dulu,” kata seorang pengguna TikTok.

“Dah memang bekas pembaca berita, this is the beauty of her,” kata seorang lagi warma maya.

“Inilah insan berilmu dan beradab. Insan baik jatuh ke laut jadi pulau, jatuh ke darat jadi gunung, campak ke langit jadi bintang. Kita tengok pun rasa tenang,” luah seorang individu.

Itu antara komen-komen yang ditulis di video itu. Ternyata, ramai yang terpesona dengan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Pasti ada yang ulang video itu banyak kali, kan? Mesti anda semua rasa tenang apabila menonton video itu.

@uitm_channel

Ramai terpesona TPS menzahirkan titah seperti pembaca berita #istiadatkonvokesyenuitm98 #konvo98 #uitmdihatiku

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – Universiti Teknologi MARA

Sumber: uitm_channel via TikTok

BACA JUGA: Alif Satar Kongsi Tip Bagi Yang Baru Mula Nak Joging

The post Konvokesyen: Tengku Permaisuri Selangor Zahir Titah Macam Penyampai Berita, Ramai Terpesona appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*