Tentera Israel Serbu Hospital Al-Shifa Di Gaza

Israel Jalankan Operasi Terhadap Salah Satu Hospital Utama Di Gaza

BANDARAYA GAZA, 15 Nov (Bernama-Anadolu) — Tentera Israel menyerbu Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada awal Rabu.

Ketua unit kebakaran Kompleks Perubatan Al-Shifa, Dr Ahmad Mikhallalati berkata kereta kebal dan jentolak Israel kini berada di kompleks itu, lapor Agensi Anadolu memetik laporan Al Jazeera.

Terdahulu, tentera Israel berkata pihaknya melancarkan satu operasi ketenteraan di “bahagian tertentu” di Kompleks Perubatan Al-Shifa.

Pengumuman itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan di Gaza berkata tentera penceroboh secara rasmi memaklumkan pentadbiran kompleks perubatan itu mengenai niatnya untuk menyerbu hospital berkenaan pada Selasa malam.

Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kaila dalam kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita WAFA berkata tentera Israel bertanggungjawab ke atas nyawa kakitangan perubatan, pesakit dan orang awam yang mencari perlindungan di kompleks Al-Shifa.

Al-Kaila juga memberi amaran mengenai risiko kematian terhadap pesakit dan kakitangan perubatan jika tentera penceroboh terus menyerbu Kompleks Perubatan Al-Shifa.

BACA: Cameron Highlands Mendunia, Diiktiraf Antara 51 Tempat Tercantik Di Dunia

Sumber: BERNAMA

The post Tentera Israel Serbu Hospital Al-Shifa Di Gaza appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*