Tepukan Penghargaan Iringi Perjalanan Pulang Pasukan SMART

tepukan penghargaan pasukan SMART

Tepukan Penghargaan Iringi Perjalanan Pulang Pasukan SMART

ISTANBUL — Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kumpulan MAS-01 menerima tepukan penghargaan dan ucapan terima kasih ketika ingin meninggalkan negara itu di Lapangan Terbang Gazientep, Turkiye semalam.

Dalam video yang dimuat naik oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), memaparkan perjalanan anggota SMART diiringi sorakan dan laungan terima kasih.

Difahamkan, pasukan berkenaan merupakan anggota pertama yang bakal pulang ke negara dari Istanbul.

MAS-01 NADMA dilaporkan telah menjalankan misi menyelamat dan kemanusiaan di wilayah yang terkesan gempa bumi itu sejak 6 Februari lalu.

Pasukan itu pulang ke tanah air dengan menaiki dua penerbangan MAS10 dan dijangka tiba pada jam 12.20 tengah hari dan 5 petang 23 Februari (hari ini).

Walaupun suasana dilihat penuh sesak namun ia dalam keadaan terkawal. Sebahagian rakyat di sana juga berpusu-pusu untuk merakamkan detik-detik tersebut.

Sebelum ini, pasukan tersebut yang diketuai oleh DSP. Safrizan, Timbalan Komander MAS-01 telah menemui Pengurus Koordinator AFAD Nurdagi, Mr. Mehmet Salih Avci.

Gambar: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA

Pertemuan itu turut dikongsikan oleh NADMA dalam satu kenyataan di Facebook.

“Dalam pertemuan ini, AFAD menyampaikan ucapan terima kasih kepada Malaysia disamping memuji kecekapan Pasukan Malaysia dalam operasi SAR di Nurdagi.

“Bantuan yang diberikan oleh Pasukan SAR terutama MAS-01 amat bermakna bagi mereka. Lebih-lebih lagi kejayaan menemui mangsa yang masih hidup,” maklum NADMA.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye: Remaja Perempuan Ditemukan Selamat Selepas Terperangkap 10 Hari

Gambar: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA

Sempena kunjungan perpisahan Pasukan MAS-01 telah menyampaikan cenderahati kenangan, sesi bergambar dan pertukaran patch Malaysia-Turkiye.

Ia sebagai tanda solidariti dan penghargaan atas kerjasama erat antara kedua negara dalam misi bantuan gempa bumi Turkiye 2023.

smart terima tepukan penghargaan
Gambar: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA

Terdahulu, pasukan berkenaan berjaya menyelamatkan lima daripada enam mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di Nurdagi pada 11 Februari lalu.

Menerusi hantaran SMART, Pasukan MAS-01 NADMA berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang masih hidup. Lima mangsa runtuhan di apartment enam tingkat itu terdiri daripada tiga perempuan dan dua lelaki.

Difahamkan, kesemua mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) (1) dan (2), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART)

The post Tepukan Penghargaan Iringi Perjalanan Pulang Pasukan SMART appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*