Dakwa Israel Di ICJ, Malaysia Terus Sokong Afrika Selatan – Kementerian Luar

malaysia sokong afrika selatan

Dakwa Israel Di ICJ, Malaysia Terus Sokong Afrika Selatan – Kementerian Luar

Kementerian Luar Negeri menerusi satu kenyataan memaklumkan Malaysia menyambut baik permulaan perbicaraan terbuka kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel yang diadakan pada 11 dan 12 Januari.

Menurut kementerian itu, Malaysia akan terus menyokong Afrika Selatan dalam tindakan undang-undang terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

BACA: Israel Kembali Serang Gaza, Orang Awam Antara Yang Cedera

“Semasa hujahan lisannya, Afrika Selatan menegaskan kepentingan segera supaya ICJ menetapkan langkah-langkah sementara (provisional measures) termasuk mengarahkan Israel menghentikan kempen ketenteraannya di Gaza dan kekejaman terhadap rakyat Palestin dengan serta-merta,” ujar kementerian itu.

Selain itu, Afrika Selatan telah mengemukakan bukti-bukti yang kukuh mengenai niat dan perbuatan genosid yang melanggar Konvensyen Genosid.

Difahamkan hari kedua akan disambung dengan hujahan lisa daripada pihak Israel.

“Keputusan ICJ berhubung langkah-langkah sementara dijangka akan dikeluarkan dalam beberapa minggu akan datang,” katanya.

Dalam masa sama, Malaysia menyeru Israel untuk menghormati undang-undang antarabangsa dan menamatkan kekejamannya terhadap rakyat Palestin dengan serta-merta.

“Malaysia mengulangi komitmen untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin di semua platform dan menantikan keputusan perbicaraan ICJ ini,” kata kementerian itu lagi.

Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan telah memfailkan permohonan di ICJ untuk memulakan prosiding yang berkaitan dengan pencabulan Israel terhadap obligasinya di bawah Konvensyen 1948 membabitkan Pencegahan Dan Hukuman Genosid (Konvensyen Genosid) terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

BACA: Malaysia Sambut Baik Permohonan Afrika Selatan Mulakan Prosiding Genosid Terhadap Israel Di ICJ

Sumber: Laman X Wisma Putra

The post Dakwa Israel Di ICJ, Malaysia Terus Sokong Afrika Selatan – Kementerian Luar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*