Mudahkan Orang Ramai, Pejabat Pasport Shaftsbury Putrajaya Kini Beroperasi

Mudahkan Orang Ramai, Pejabat Pasport Shaftsbury Putrajaya Kini Beroperasi

Bagi sesiapa yang ingin menjalankan urusan berkaitan pasport, anda boleh mengunjungi Pejabat Pasport Shaftsbury, Putrajaya yang baru dibuka pada tahun ini.

Difahamkan, pejabat pasport baharu itu telah dibuka di pusat beli-belah Shaftsbury Putrajaya Mall, Presint 1 bermula 17 Januari lalu.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, cawangan berkenaan dibuka bagi memudahkan masyarakat yang menetap di Serdang, Sungai Besi, Dengkil, Cyberjaya dan Cheras.

Berdasarkan hebahan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pejabat berkenaan menawarkan perkhidmatan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa secara Dalam Talian (MyOnline Passport) sepenuhnya bagi beberapa kategori.

Antaranya, kategori pemohon berumur 13 hingga 18 tahun, kategori pemohon berumur 18 hingga 59 tahun dan kategori pemohon warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Sungguhpun begitu, perkhidmatan di kaunter bagi pejabat pasport ini terhad bagi rujukan permohonan yang dibuat secara atas talian.

“Perkhidmatan di kaunter hanya terhad untuk rujukan permohonan dalam talian yang mempunyai masalah kualiti gambar dan cap jari, serta kutipan pasport bagi permohonan yang telah diluluskan,” katanya.

Manakala, Pejabat Pasport Menara Ikhlas di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya akan menerima semua jenis permohonan di kaunter secara walk-in kecuali permohonan Dalam Talian (MyOnline Passport).

JIM menjelaskan waktu operasi bagi pejabat pasport ini bermula dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang, dari hari Isnin sehingga Jumaat.  Pejabat ini tidak beroperasi pada hari minggu iaitu Sabtu dan Ahad.

Walaupun tarikh pembukaannya telah dihebahkan pada 17 Januari, majlis perasmian bagi pembukaannya dibuat pada 19 Februari.

Pejabat pasport baharu itu telah dirasmikan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution  dalam majlis anjuran JIM.

Ketika mengunjungi pejabat tersebut, Saifuddin sempat beramah mesra dengan beberapa pengunjung di sana. Rata-rata pengunjung di sana mengetahui kewujudan pejabat tersebut menerusi enjin carian Google.

Selain pengunjung, beliau turut bertanyakan soalan kepada pegawai imigresen yang bertugas di kaunter pejabat berkenaan.

Menurut pegawai yang bertugas, masalah yang lazim dihadapi oleh pengunjung adalah gambar yang tidak jelas serta cap jari.

Saifuddin turut sempat bertanya berkenaan kadar kekerapan pengunjung yang hadir di pejabat berkenaan.

“50-60 orang daripada pagi sehingga petang,” jawab pegawai imigresen yang dikenali sebagai Amir.

Beliau turut bertanyakan pengunjung berkenaan kepuasan servis yang ditawarkan di Pejabat Pasport Shaftbury, Presint 1 itu.

Seorang mahasisiwa yang dikenali sebagai Amalina telah datang ke pejabat berkenaan sewaktu majlis perasmian. Ketika disoal Saifuddin, wanita itu mengatakan servis di sini pantas dan mudah.

@saifuddin_nasution

Majlis Perasmian Pejabat Pasport Shaftbury Putrajaya #foryoupage #malaysiamadani🇲🇾 #fypシ #dssn #terimakasih #Alhamdulillah #febuary #kdn #imigresen #pasport

♬ bunyi asal – Saifuddin Nasution – Saifuddin Nasution

BACA: Jangan Main “Modified”, Ini Spesifikasi Nombor Plat Yang Dibenarkan JPJ

Sumber: Astro Awani, saifuddin_nasution via TikTok, Jabatan Imigresen Malaysia 

The post Mudahkan Orang Ramai, Pejabat Pasport Shaftsbury Putrajaya Kini Beroperasi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*