Wadar Penjara Mati Mengejut Dalam Kereta

Wadar penjara mati mengejut

Wadar Penjara Mati Mengejut Dalam Kereta

KOTA BHARU, 3 Jan (Bernama) — Seorang wadar Jabatan Penjara Pengkalan Chepa ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta berhadapan deretan kedai Pasar Cabang 3, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu pada 10.17 malam mengenai seorang lelaki berusia 45 tahun tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan.

“Pihak kesihatan yang hadir ke lokasi mengesahkan kematian mangsa pada 10.30 malam dan dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tujuan bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah saluran darah jantung tersumbat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga si mati.

Sumber: BERNAMA

The post Wadar Penjara Mati Mengejut Dalam Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*