Terengganu FC (TFC) bakal mengumumkan penyerang import baharu

Kuala Terengganu: Jentera serangan Terengganu FC (TFC) bakal bertambah mantap selepas pihak pengurusan kelab itu mengikat pemain kelahiran El Salvador, Nelson Bonilla.

Bekas penyerang kelab Sukhothai dalam Liga 1 Thailand itu ‘dirantai’ kelab itu sehingga berakhir Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.

Pengumuman rasmi kehadiran pemain berketinggian 1.79 meter itu dibuat sebelum aksi pertama Kumpulan A saingan Piala Shopee antara TFC menentang kelab Kemboja, PKR Svay Rieng FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, pemain berusia 34 tahun itu diambil bagi menggantikan penyerang import kelahiran Croatia, Ivan Mamut yang masih lagi dibelenggu kecederaan.

Bagaimanapun, katanya, ketua pasukan skuad kebangsaan El Salvador yang bakal menyarung jersi bernombor 99 tidak dapat beraksi dalam saingan Piala Shopee.

“Pemain antarabangsa El Salvador itu telah menandatangani kontrak selama lapan bulan sehingga April 2025.

sumber: HM

“Pemain itu sebelum ini beraksi dalam liga utama Thailand dan merekod 65 jaringan dalam 130 penampilannya selain memulakan karier antarabangsanya sejak berumur 21 tahun lagi dengan menyumbat 20 gol sepanjang 62 penampilannya,” ujar Mohd Sabri.