Terima Kasih Ayah, Menjulang Bapa Sebagai Figura Keluarga

PUTRAJAYA, 14 Jun – Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga.
Terima KASIH Ayah telah diangkat sebagai tema pada sambutan yang jatuh pada 18 Jun tahun ini bagi menghargai peranan ayah sebagai ketua keluarga yang menjadi suri teladan kepada anak-anak.
Bersempena sambutan Hari Bapa pada tahun ini, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memberi fokus kepada lima (5) nilai pengkayaan keluarga, laitu K.A.S.I.H yang merangkumi (K)asih sayang, (A)khlak atau pun peribadi mulia, (S)ihat fizikal dan mental, ber(I)lmu dan (H)armoni sebagai teras yang perlu ada dalam keluarga yang mana peranan utamanya didokong oleh seorang ayah.
KPWKM menyeru masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan lagi sambutan Hari Bapa bagi membentuk masyarakat dan komuniti yang lebih penyayang serta mengamalkan sifat Ihsan yang sememangnya menjadi tonggak dalam pembentukan Malaysia Madani. Terima KASIH Ayah.

The post Terima Kasih Ayah, Menjulang Bapa Sebagai Figura Keluarga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*