Prestasi Buruk Di Tempat Lawan Punca Liverpool Tidak Konsisten – Klopp

Punca Liverpool Tidak Konsisten - Klopp

Prestasi Buruk Di Tempat Lawan Punca Liverpool Tidak Konsisten – Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menyifatkan prestasi buruk di tempat lawan sebagai punca persembahan tidak konsisten anak-anak buahnya dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Lapor Independent, kekalahan terhadap kelab di kedudukan 17 liga itu merupakan satu “ketukan besar” buat pasukannya selepas membenam musuh ketat Manchester United 7-0 di Anfield seminggu lalu.

Dalam perlawanan yang berlangsung semalam, The Reds tewas tipis 0-1 kepada Bournemouth menerusi jaringan tunggal perlawanan Philip Billing pada minit ke- 28.

Walaupun dihadiahkan sepakan penalti, namun bintang Mesir, Mohammed Salah gagal ‘menterjemahkannya’ kepada gol apabila sepakannya tersasar ke sebelah kanan gawang tuan rumah.

Gambar: Steve Bardens / AFP

“Terdapat banyak perkara yang perlu diteliti dan diperbaiki semula. Tetapi sekarang bukanlah masa yang seseuai untuk bercakap tentangnya.

“Perlawanan ini merupakan satu pengajaran yang bermakna buat kami,” kata pengendali dari Jerman itu.

Tambah Klopp, Arsenal dan Manchester City mempunyai rekod yang lebih baik berbanding Liverpool. Persembahan tersebut berbeza dengan apa yang ditampilkan oleh The Reds pada kempen lalu.

“Saya jelas melihat aspek ini dan mengambil berat tentangnya. Dalam rekod perlawanan di laman sendiri, kami berada di empat teratas namun sebalik di gelanggang lawan.

“Kami mendapat sepakan penalti. Sekiranya bola tersebut berjaya dijaringkan, mungkin ia boleh memberikan suntikan semangat buat pasukan.

“Tetapi, kami bermain dengan tergesa-gesa dan gagal menciptakan peluang yang lebih baik selepas itu,” jelas Klopp yang kecewa dengan prestasi anak-anak buahnya semalam.

Gambar: AFP

Sementara itu, ketua jurulatih Bournemouth, Gary O’Neil berkata ,pasukan mereka layak untuk menang selepas permainan yang ditampilkan di atas padang.

“Kami layak untuk mendapatkannya. Saya sangat gembira dengan setiap pemain. Tambahan lagi, dalam tiga perlawanan terakhir menentang pasukan di puncak liga, kami juga bermain dengan sangat baik,” katanya.

BACA JUGA: Liverpool Kenduri Gol Di Anfield, Tewaskan Manchester United

Gambar: Liverpool Football Club

Dengan kembalinya pemain tengah, David Brooks sejak sekian lama telah menambahkan lagi kreativiti pasukan.

David tidak dapat beraksi selama 525 hari selepas disahkan menghidap limfoma Hodgkin tahap dua pada Oktober 2021 lalu.

Liverpool kini menduduki tangga kelima liga dengan 42 mata terkumpul selepas 26 perlawanan. Manakala Bournemouth naik ke tangga ke-17 dengan mengumpul 24 mata selepas 26 perlawanan.

Liverpool berdepan tugas sukar pada awal pagi Khamis nanti apabila bakal menentang gergasi La Liga, Real Madrid di Santiago Bernabeu dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Terdahulu, The Reds dimalukan di hadapan penyokong sendiri apabila tewas 2-5 kepada kelab dari Sepanyol itu dalam pusingan pertama kelayakan 16 pasukan terbaik pada 22 Februari lalu.

Sumber: The Independent

The post Prestasi Buruk Di Tempat Lawan Punca Liverpool Tidak Konsisten – Klopp appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*