Kunci Rumah Dah Dapat, Jangan Lupa Simpan 6 Dokumen Penting Ni

6 dokumen penting

Kunci Rumah Dah Dapat, Jangan Lupa Simpan 6 Dokumen Penting Ni

Setiap daripada kita tentunya memasang impian untuk memiliki sebuah rumah impian. Lebih-lebih ia merupakan satu aset pelaburan masa hadapan.

Reka bentuk yang tepat, pemilihan kawasan tentunya antara elemen yang dipandang sebelum berunding dengan ejen hartanah.

Namun, dalam proses pembelian dan mendapatkan rumah idaman, ramai orang terlepas pandang beberapa aspek penting termasuk dokumen-dokumen khususnya setelah mendapatkan kunci rumah.

Sehubungan itu, SK akan berkongikan tip yang disampaikan oleh Kedah Realtor: Hartanah Subsale & Lelongan berhubung senarai dokumen penting selepas mendapatkan rumah.

Dokumen Yang Perlu Disimpan Pemilik Rumah

6 dokumen penting
Gambar: Kedah Realtor: Hartanah Subsale & Lelongan

Bila dah selesai urusan pembelian rumah dan dapat kunci, ada beberapa dokumen yang perlu anda simpan.

Jangan gembira sangat sampai terlupa ambil dokumen ni. 

Ada peguam yang pos ke alamat dan ada yang telefon untuk minta ambil di pejabat bila sudah selesai semua urusan. 

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Ni antara list dokumen penting

1. Salinan geran atau strata (untuk unit berstrata)

Sila semak salinan geran yang anda terima tu. Pastikan ada nama anda, nombor kad pengenalan betul dan gadaian bank atau LPPSA.

2. Sale dan Purchase Agreement (SPA atau S&P)

Bila dapat sahaja S&P, buat salinan siap-siap untuk buat pertukaran nama bil utiliti. Kena simpan betul-betul sebab ini bukti pemilikan hartanah tu. 

3. Letter Offer Bank

Simpan salinan, dalam ini ada loan tenure, rate, lock in period (jika ada). 

4. Valuation report

Yang ini biasanya valuer akan pos ke alamat, jadi simpan elok-elok untuk rujukan masa hadapan.

5. Polisi MRTT atau takaful kebakaran

6. Simpan resit valuation dan legal fees, renovation

Jika nak jual rumah dalam tempoh kurang dari lima tahun, boleh bantu untuk kurangkan cukai keuntungan hartanah (CKHT). 

Simpan sekali nombor atau kad agent dan peguam. Mana tahu pada masa hadapan nak jual hartanah tu boleh guna khidmat mereka semula.

Sumber: Kedah Realtor: Hartanah Subsale & Lelongan

The post Kunci Rumah Dah Dapat, Jangan Lupa Simpan 6 Dokumen Penting Ni appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*