Terima Persoalan Agama Dari KJ, Dr Zulkifli Akan Muncul Dalam Keluar Sekejap?

dr zulkifli keluar sekejap

Terima Persoalan Agama Dari KJ, Dr Zulkifli Akan Muncul Dalam Keluar Sekejap?

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri seakan-akan memberi bayangan bahawa beliau akan tampil dalam rancangan podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan oleh Khairy Jamaludin dan Shahril Hamdan.

Beliau dalam satu hantaran di Twitter memaklumkan perkara tersebut.

Sebentar tadi saya terima panggilan daripada @Khairykj. Beliau ada bertanyakan beberapa persoalan agama terkait hukum dan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia kepada saya.

Saya khabarkan yang saya belum pernah terlepas siri podcast @keluarsekejap yang menampilkan beliau dan @ShahrilHamdan.

“Ada yang ingin saya muncul dalam Keluar Sekejap?” tulisnya di Twitter.

Tarik Minat TMJ

Sebelum ini, program yang menampilkan dua bekas ahli politik, KJ dan Shahril Hamdan selaku pengacara turut menarik minat Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor (TMJ).

Ia selepas Khairy memuat naik story di laman Instagram yang memaparkan satu tangkap layar komen dari seseorang.

BACA JUGA: Haram Sebarkan Video Atau Gambar Mangsa Yang Rentung – Dr Zulkifli

Dalam tangkap layar tersebut mendedahkan beliau menawarkan diri untuk tampil dalam rancangan tersebut.

“Baik ajak saya aja masuk Keluar Sekejap ni. No holds bar. Kasi gegar sikit negara ni,” ujar TMJ dalam komennya.

Penawaran Tunku Ismail untuk muncul dalam program itu jelas mengejutkannya dengan membalas reaksi “Alamak” dalam story tersebut.

Podcast Keluar Sekejap

Untuk makluman, podcast Keluar Sekejap merupakan satu perbualan yang membincangkan topik-topik hangat politik Malaysia, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa tempatan dan global.

Meskipun baru sahaja lima bulan ke udara, podcast ini berjaya menarik 113,000 subscribers di Youtube selepas mendapat sambutan hangat daripada komuniti.

Panel jemputan  juga merupakan individu yang berlatarbelakangkan politik seperti kepimpinan kerajaan mahupun pembangkang.

Sehingga kini, antara tetamu jemputan podcast Keluar Sekejap terdiri daripada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah.

Selain itu, ia turut menampilkan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Sumber: Twitter Dr Zulkifli 

The post Terima Persoalan Agama Dari KJ, Dr Zulkifli Akan Muncul Dalam Keluar Sekejap? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*