Terlebih Muatan, Pengunjung Taman Tema Alami Detik Cemas Permainan Dinaiki Tergantung Terbalik

Permainan Dinaiki Tergantung Terbalik

Terlebih Muatan, Pengunjung Taman Tema Alami Detik Cemas Permainan Dinaiki Tergantung Terbalik

Sekumpulan pengunjung yang menaiki sebuah permainan di taman hiburan di China alami detik cemas selepas terperangkap secara terbalik selama 10 minit ekoran daripada kerosakan teknikal yang berlaku kepada permainan berkenaan.

Dalam kejadian yang mengerunkan itu, pengunjung tersebut telah tergantung secara terbalik gara-gara permainan berkenaan berhenti secara tiba-tiba. Video kejadian itu berjaya dirakam oleh pengunjung yang lalu-lalang di kawasan tersebut sebelum dikongsikan di media sosial.

Insiden itu dipercayai berlaku pada 19 Januari lalu di taman hiburan yang terletak di Fuyang, wilayah Anhui di China.

Video kejadian ngeri itu turut dikongsikan oleh TRT World di akaun Twitter  rasminya dengan menyatakan bahawa pengunjung yang menaiki permainan tersebut telah tergantung secara terbalik selama 10 minit.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Pengunjung taman hiburan tergantung secara terbalik selama 10 minit di titik tertinggi permainan pendulum gergasi selepas ia tidak berfungsi di bandar Fuyang, China. Pekerja terpaksa memanjat permainan tersebut untuk membaikinya secara manual.

“Pegawai taman hiburan dan taman tema berkata kerosakan itu berpunca kerana isu berat,” tulis TRT World di Twitter.

Menurut wakil taman hiburan tersebut, pekerja terpaksa membetulkan permainan berkenaan secara manual dan menyelamatkan pengunjung. Pekerja taman itu juga telah memanjat permainan pendulum gergasi berkenaan bagi membaiki kerosakan yang dipercayai berpunca daripada masalah berat yang melebihi kapasiti.

Laporan oleh taman hiburan itu juga mendedahkan bahawa orang ramai telah diberikan bayaran balik selain ditawarkan bayaran rawatan perubatan akibat daripada kemalangan tersebut.

Sumber: India Times

The post Terlebih Muatan, Pengunjung Taman Tema Alami Detik Cemas Permainan Dinaiki Tergantung Terbalik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*