Boleh Buat Sendiri, Ini 5 Tips Jaga Radiator Kereta

tips jaga radiator kereta

Boleh Buat Sendiri, Ini 5 Tips Jaga Radiator Kereta

Umum mengetahui, setiap kereta terdapat bahagian operasi enjin mempunyai komponen yang berfungsi sebagai pemanas atau penyejuk yang dikenali sebagai radiator.

Radiator merupakan komponen yang dikategorikan sebagai penting, kerana jika berlaku masalah seperti kebocoran ia akan membuatkan kereta tersebut tersadai dan melambatkan perjalanan.

Walaupun pada asasnya, kebocoran adalah masalah atau perkara biasa namun ia mampu memberi impak buat mereka yang dalam perancangan untuk perjalanan jauh.

Kebocoran radiator akan membuatkan pemilik kenderaan mengalami kepanasan yang melampau susulan kegagalan sistem sejukan.

Jadi amat penting untuk mengambil tahu mengenai keadaan radiator kerana ia membantu memudahkan perjalanan selain mengelakkan masalah berlaku.

BACA: Tragis, Remaja Lelaki Maut Dilanggar Kereta Api Ketika “Selfie”

5 tips penjagaan radiator

Gamabr hiasan: Sound and Machine

Antara tips yang dikongsikan oleh Pakar Radiator ialah:

1. Coolant

Anda perlu memastikan paras coolant kereta tidak berkurangan dan berada di paras yang konsisten dengan melakukan sukatan simbang iaitu 70/30 sekiranya coolant dicampur air.

Jika melihat coolant berada di paras yang kurang, anda perlu menambah sedikit air.

Namun, ia juga bergantung kepada jenis dan jenama coolant dan perkara itu perlu dirujuk kepada cara penggunaan pada botol.

Terdapat banyak jenis coolant, termasuk coolant pre-mixture yang tidak perlu dicampur dengan air, hanya perlu menggunakan coolant sahaja.

2. Penutup radiator ditutup dengan rapat

Selain itu, dalam memastikan radiator berada di tahap yang baik, pastikan penutup radiator ditutup rapat selepas dibuka.

Hal ini kerana, penutup radiator itu dibuat untuk menjaga tekanan di keseluruhan ruangan penyejuk.

Dalam pada itu, untuk memastikan ia ditutup dengan rapat, getah dan spring juga perlu berada dalam keadaan baik supaya tidak mempunyai kebocoran.

3. Periksa bawah kenderaan

Kemudian, untuk mengetahui tanda-tanda kebocoran radiator, pemilik kenderaan haruslah memeriksa lantai di tempat letak kenderaan.

Sekiranya mempunyai bekas titisan cecair, maka kenderaan itu perlu diperiksa.

Dan jika tiada bekas cecair, kereta itu berada dalam keadaan selamat. 

4. Kipas radiator

Seterusnya, pastikan kipas radiator sentiasa berfungsi apabila suhu mencecah 85 darjah celcius sehingga 90 darjah celcius.

5. Flushing

Selain itu, gunakan teknik flushing dan servis radiator jika mileage mencecah 100,000 kilometer atau kenderaan yang sudah berusia lima tahun ke atas.

Kekerapan buat flushing

Gambar hiasan: BERNAMA

Sebenarnya untuk melakukan flushing, ia bergantung kepada jenis kenderaan. Ada kereta memerlukan untuk dilakukan setiap tahun dan ada juga yang bergantung kepada cara penggunaan.

Untuk pemanduan yang kerap atau ‘heavy’, perlu melakukan servis dua atau tiga kali dalam setahun.

Pun begitu, nasihat pakar mengenai kenderaan juga perlu didapatkan supaya tidak melakukan sesuatu yang tidak diperlukan oleh kereta.

Flushing dilakukan untuk mencegah penyumbatan pada radiator selain menghilangkan penumpukan zarah.

Untuk kereta yang sudah mencecah lima tahun ke atas, perlu melakukan servis radiator yang lengkap kerana ia perlu diperiksa secara menyeluruh.

Dengan melakukan tips pemeriksaan awal itu, ia mampu mengekalkan prestasi enjin pada paras optimum.

Sumber: Pakar Radiator, Pandu Laju,

The post Boleh Buat Sendiri, Ini 5 Tips Jaga Radiator Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*