Tiga Fosil Haiwan Prasejarah Yang Berbeza Ditemui Di Khon Kaen

tiga fosil prasejarah

Tiga Fosil Haiwan Prasejarah Yang Berbeza Ditemui Di Khon Kaen

BANGKOK  — Sebanyak tiga fosil haiwan prasejarah ditemukan di wilayah Tambon Muang Wan di daerah Nam Phong, Khon Kaen Thailand, lapor The Thaiger.

Penemuan itu dilakukan pasukan ahli paleontologi dari Jabatan Sumber Mineral yang diketuai oleh Sasa-On Khansubha bersama Muzium Dinosaur Sirindhorn di Kalasin.

Berdasarkan analisis awal terhadap fosil berkenaan, ia berkemungkinan tergolong dalam dinosaur pemakan daging (karnivor). Haiwan prasejarah itu mungkin menjadikan ikan, dinasour pemakan tumbuhan (herbivor) dan spesies marin sebagai sumber makanannya.

BACA: Confirm Selamat Dan Berkualiti, Nak Beli Buah Dan Sayur, “Check” Dulu Ada Logo Ni 

Susulan penemuan fosil itu, kawasan berkenaan menjadi perdebatan kerana didakwa menjadi lokasi panas yang kaya dengan biodiversiti, lapor Bangkok Post.

Difahamkan, tapak penemuan itu dikenali sebagai Khok Kruat, batuan yang dipercayai berusia antara 100 hingga 110 juta tahun.

“Memelihara tapak penemuan telah menjadi keutamaan. Ia telah dijaga untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kerosakan fosil yang masih belum ditemui,” kata Sasa-On.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa kawasan itu berpotensi menyimpan lebih banyak khazanah tidak ternilai itu (fosil dinasour atau haiwan purba lain).

Tapak di Tambon Muang itu kini berada di bawah perlindungan Akta Perlindungan Fosil di mana ahli geologi menjalankan kajian menyeluruh dan mengumpul sebanyak mungkin bukti.

BACA JUGA: Kenapa Ada Jaring Pada Belakang MotoGP Sewaktu Ujian Litar? Ini Kata Pakar

Walau bagaimanapun, ahli paleontologi menyatakan ketidakpastian sama ada penemuan fosil dinasour karnivor itu adalah spesies sama dengan fosil berusia 130 juta tahun yang ditemui di daerah Phu Wiang di Khon Kaen.

Dalam laporan berita lain turut melaporkan fosil itu dianggarkan berusia antara 100 juta hingga 110 juta tahun di kawasan itu.

Sebelum ini, kawasan tersebut turut ditemukan fosil dipercayai spesies sauropod dan spinosaurid yang berusia sekitar 110 juta tahun pada hujung Januari lalu.

Sumber: The Thaiger 

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

The post Tiga Fosil Haiwan Prasejarah Yang Berbeza Ditemui Di Khon Kaen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*