Tesla Model 3 Mula Dijual di Malaysia, Harga Bermula RM189,000

tesla model 3 malaysia

Tesla Model 3 Mula Dijual di Malaysia, Harga Bermula RM189,000

Selepas memperkenalkan Model Y di pasaran tempatan, Tesla Malaysia melancarkan model kedua untuk pasaran negara iaitu Model 3. Majlis pelancaran yang diadakan di Pavillion Damansara Height yanag dihadiri Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming serta rakan-rakan media.

Tesla juga merasmikan Tesla Experience Centre baharu di Pavillion Damansara Height. Orang ramai yang berhajat merasai memandu kereta elektrik terlaris dunia ini boleh tempah slot pandu uji di Experience Centre Pavillion Damansara Height.

Model 3

Tesla Model 3 ini hadir dengan dua varian iaitu Model 3 dan Model 3 Long Range. Kita mulakan dengan spesifikasi Model 3 terlebih dahulu. Untuk varian basic ini adalah model Rear-Wheel Drive (RWD). Menurut Worldwide Harmonized Light Vehicles Test Procedure (WLTP) Model 3 basic ini boleh dipandu sehingga 513km.

Kadar pecutan dari 0 hingga 100km/j hanya mengambil masa 6.1 saat sahaja. 4 tahun atau 80,000km basic warranty diberikan kepada pengguna (mana-mana sampai dulu). Untuk waranti bateri adalah selama 8 tahun atau 160,000km. Harga jualan untuk varian ini adalah RM189,000.

tesla model 3 malaysia

Model 3 Long Range

Untuk varian long range pula adalah Dual Motor All-Wheel Drive. Menurut WLTP, varian ini boleh dipandu sejauh 629km dan kadar pecutan 0 hingga 100km/j hanya 4.4 saat sahaja. Sama seperti varian basic, 4 tahun waranti atau 80,000km diberikan (mana-mana datang dulu). Waranti bateri pula selama 8 tahun atau 192,000km.

Harga jualan untuk varian Long Range adalah RM218,000 sahaja.

Lain-lain

Warna asas kereta datang dengan warna Pearl White. Jika anda berminat dengan warna selain  Pearl White, anda perlu menambah RM5,000 untuk warna Solid Black atau Deep Blue Metallic, RM7,500 untuk warna Stealth Grey dan RM11,000 untuk warna Ultra Red.

Kedua-dua varian dilengkapi dengan 18 inci Photon Wheels. Jika berminat dengan Nova Wheels bersaiz 19 inci, anda perlu menambah RM7,500. Bagi warna dalam kereta pula, kedua-dua varian diberikan warna hitam. Jika mahu menukar warna hitam dan putih anda perlu menambah RM5,000.

tesla model 3 malaysia tesla model 3 malaysia

Kedua-dua varian juga disertakan dengan Basic Autopilot. Tambah RM16,000 untuk fungsi Enhanced Autopilot dan ini termasuk Auto Lane Change dan Autopark. Untuk tempat duduk belakang juga diberi 8 inci skrin paparan untuk menonton video dan sebagainya.

Bagi kepantasan pengecasan pula, hanya perlu cas 15 minit (Tesla Supercharging), anda sudah boleh memandu sejauh 282km. Jika berminat untuk menempah, boleh klik DI SINI. Jika tempah sekarang, terima kereta bermula penghujung tahun ini.

Bermula hari ini juga Tesla sudah membuka stesen Tesla Supercharging kedua di Sunway Big Box, Johor. Stesen Supercharging ketiga akan dibuka di Pavillion Damansara Height selaras dengan pembukaan Tesla Experience Centre disitu.

The post Tesla Model 3 Mula Dijual di Malaysia, Harga Bermula RM189,000 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*