The Strokes Umum Tambah Sehari Lagi Konsert Di Singapura Khas Untuk Peminat Di Malaysia

The Strokes tambah sehari lagi konsert

The Strokes Umum Tambah Sehari Lagi Konsert Di Singapura Khas Untuk Peminat Di Malaysia

Kumpulan rock Amerika, The Strokes mengumumkan penambahan sehari lagi konsert mereka di Singapura, lapor Mothership.

The Strokes pada mulanya dijadualkan membuat persembahan pada 23 Julai semasa festival yang sepatutnya berlangsung dari 21 hingga 23 Julai lalu.

Kumpulan itu kini mengumumkan akan menambah persembahan sehari lagi pada 3 Ogos depan. Ia sebagai tambahan kepada persembahan mereka yang dijadualkan sebelum ini pada 2 Ogos, di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands.

Kumpulan itu mengumumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan bahawa lokasi itu adalah yang paling dekat untuk mengadakan persembahan lain. Terutamanya dalam tempoh masa yang singkat ini buat peminatnya di Malaysia.

“Dalam usaha untuk memuaskan hati peminat kami. Terutamanya peminat kami di Kuala Lumpur yang terjejas dengan pembatalan persembahan pada minggu lepas.

“Anda akan berpeluang untuk menyaksikan kami. Kami sangat teruja untuk mengumumkan persembahan kedua kami di Singapura pada 3 Ogos ini.

“Kami tahu ini tidak sempurna buat peminat kami di Malaysia. Tetapi ia adalah lokasi yang paling dekat untuk mengadakan persembahan dalam masa yang singkat,” tulis hantaran vokalis kumpulan itu, Julian Casablancas di Instagram miliknya pada hari ini.

Tambahan sehari lagi persembahan adalah untuk peminat Malaysia

Tambah Julian, penambahan persembahan di Singapura itu adalah untuk “mencuba dan menampung peminat di Malaysia sebaik mungkin.”

Julian berkongsi bahawa mereka telah cuba untuk menganjurkan konsert di Kuala Lumpur, tetapi “untuk konsert di Malaysia masih belum bersedia.”

“Kami tahu bahawa ia tidak ideal untuk semua orang, jadi maafkan kami. Tetapi yang terbaik kami boleh lakukan dengan notis yang singkat adalah dengan mencuba untuk membolehkan peminat tegar untuk datang ke konsert kami,” tulis kapsyen Julian itu lagi.

Selain itu, dia juga berharap agar persembahan kedua di Singapura ini akan mengubat kekecewaan peminat dan dapat melihat seramai yang mungkin untuk hadir.

BACA: Malaysia Di Tempat Ke-3 Dalam “List” Negara Berkemungkinan Besar Meninggal Di Jalan Raya

Dalam membantu meringankan kos perjalanan bagi rakyat Malaysia yang bakal hadir ke Singapura, kumpulan itu juga berkata diskaun juga mungkin akan diberikan.

Julian menulis bahawa kumpulan itu mungkin akan menawarkan “diskaun mega” untuk ‘merchandise’ The Strokes buat peminat daripada Malaysia.

Tiket untuk konsert itu akan bermula dari harga 148 dolar Singapura (RM503) dan akan mula dijual pada 28 Julai, jam 4 petang. Pakej “VIP Experience” juga tersedia untuk pembelian dengan faedah yang eksklusif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Julian Casablancas (@minorbutmajor)

Sumber: Mothership

The post The Strokes Umum Tambah Sehari Lagi Konsert Di Singapura Khas Untuk Peminat Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*