HUAWEI Lancar Barisan Peranti (AIoT) Terbaru Bagi Pengalaman Terbaik Kepada Pengguna

5 OKTOBER 2023 – HUAWEI telah melancarkan kategori produk Artificial Intelligence-of-Things (AIoT) terbaru mereka menerusi rangkaian peranti pintar terkemuka termasuk WATCH GT 4, MatePad 11” Edisi PaperMatte, FreeBuds Pro 3, dan HUAWEI WATCH Ultimate Design.

Produk inovatif ini menawarkan cara yang lebih pintar bagi pengguna untuk meningkatkan gaya hidup harian mereka, sama ada di dalam atau di luar rumah, dalam perjalanan ke tempat kerja, melancong, menjalani rutin senaman di gym, atau hanya menikmati masa bersama keluarga. Dengan pelancaran teknologi terkini dan canggih, HUAWEI membolehkan gaya hidup ditingkatkan dengan lebih efisien kepada setiap individu menjadikan kehidupan pintar bagi semua orang menjadi tidak mustahil.

Memenuhi semua kehendak fesyen dengan HUAWEI WATCH GT 4

Tersedia dalam saiz 46mm dan 41mm, HUAWEI WATCH GT 4 mencerminkan perincian teliti dalam setiap butirannya. Dibangunkan dengan keselesaan optimal si pemakai, siri HUAWEI WATCH GT 4 ini diperbuat daripada bahan premium dan luaran logam yang utuh. Jam ini juga mampu mengintegrasikan ke dalam kehidupan harian dengan reka bentuk inovatif.

Siri HUAWEI WATCH GT 4 menawarkan pilihan warna tali yang berbeza untuk kedua-dua edisi 46mm dan 41mm. Setiap edisi, dengan Casing Stainless-Steel uniknya, dibuat dengan teliti mengikut pelbagai selera dan kehendak pengguna. HUAWEI WATCH GT 4 dalam saiz 46mm datang dalam empat pilihan warna berbeza – Grey with Integrated Stainless-Steel Strap, Green with Green Woven Strap, Brown with Brown Leather Strap, & Black with Black Fluoroelastomer Strap. Manakala HUAWEI WATCH GT 4 dalam saiz 41mm datang dalam tiga pilihan warna berbeza – Silver with Two-tone Piano Key Bracelet, White with White Leather Strap, & Black with Black Fluoroelastomer Strap. Setiap menawarkan gabungan elegan gaya, keselesaan, dan inovasi.

Pengalaman menulis terbaik dengan HUAWEI MatePad 11” Edisi PaperMatte

Mengambil langkah dari kejayaan dahulunya, HUAWEI MatePad 11” Edisi PaperMatte memperkenalkan ciri-ciri Inovatif Paparan PaperMatte, untuk menyediakan pengalaman menulis persis seperti kertas sebenar!

Memperkenalkan HUAWEI FreeBuds Pro 3

Tersedia pada 21 Oktober 2023 dengan harga RM 899 di Huawei Experience Store, Laman Web Rasmi Huawei, Kedai Rasmi Huawei di Shopee, dan Kedai Rasmi Huawei di Lazada. HUAWEI FreeBuds Pro 3 dikenali sebagai generasi baru earbuds TWS akustik terbaik dengan estetika reka bentuk dan teknologi audio terkemuka pada kelasnya.

Pengalaman Memakai Jam Tangan Pintar Terbaik dengan HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN

Tersedia pada 14 Oktober dengan harga RM 13,999 di beberapa Huawei Experience Store terpilih, HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN menggunakan teknik ukiran emas Cina tradisional pada reka bentuknya yang unik, terdiri daripada enam segmen emas 18K pada bezel seramik nanokristal.

HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN bukan sahaja mampu mencapai kebolehan ketahanan air 10ATM, tetapi juga menyokong kedalaman 100 meter dan dilengkapi dengan keupayaan audio, yang tidak pernah terdapat dalam mana-mana jam pintar lain. Jam tangan ini juga telah mengikuti ujian standard ketahanan air ISO 22810 dan standard peralatan penyelaman EN13319, dan ia terbukti berupaya menahan pemantauan tahan air pada kedalaman 110 meter selama 24 jam.  HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN telah menjadi model baru prestasi ketahanan air dalam industri jam tangan pintar.

Untuk pengguna yang berminat untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman sebenar bersama HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN, imbas kod QR di bawah untuk membuat temujanji.

Untuk maklumat lanjut, kemas kini terkini atau promosi mengenai inovasi terbaru Huawei, sila layari Laman Web Rasmi HUAWEI, laman Facebook Rasmi HUAWEI, atau Instagram HUAWEI.

The post HUAWEI Lancar Barisan Peranti (AIoT) Terbaru Bagi Pengalaman Terbaik Kepada Pengguna appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*