Chelsea Lantik Semula Lampard, Jadi Jurulatih Sementara

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dilapor melantik semula bekas pengendalinya, Frank Lampard sebagai jurulatih sementara kelab itu.

Menurut tweet wartawan bola sepak terkemuka dunia, Fabrizio Romano, Lampard akan mengisi posisi itu sehingga tamat musim ini.

Lampard dilaporkan bersedia untuk menerima tawaran tersebut.

Dalam pada itu, kelab akan terus mengadakan rundingan untuk mendapatkan pengurus tetap selepas ini. Antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal pengurus kelab berkenaan adalah Julian Nagelsmann dan Luis Enrique. Bagaimanapun, keputusan akhir akan ditentukan oleh jawatankuasa tertinggi kelab.

Frank Lampard pernah melatih kelab berkenaan bermula Julai 2019 sebelum dipecat pada Januari 2021 ekoran prestasi buruk dalam saingan liga. Posisi itu kemudian diisi oleh pengendali berasal dari Jerman, Thomas Tuchel yang berjaya membawa Chelsean menjuari Liga Juara-juara Eropah pada tahun yang sama.

Namun, prestasi terumbang ambing kelab selepas itu menyaksikan Tuchel disingkirkan sebelum diganti dengan Graham Potter. Malangnya, bekal pengendali Brighton itu juga gagal memberikan impak yang diharapkan walaupun mendapat sokongan kelab sehingga terpaksa dipecat pada tiga hari lepas.

 

The post Chelsea Lantik Semula Lampard, Jadi Jurulatih Sementara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*