Tiada Anggota Polis Di IPD Sepang Dikesan Buat Komen Jelik Terhadap Perdana Menteri

Tiada anggota polis di IPD

Tiada Anggota Polis Di IPD Sepang Dikesan Buat Komen Jelik Terhadap Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 14 Nov (Bernama) — Polis hari ini menafikan dakwaan seorang pemilik akaun X yang mengatakan terdapat anggota polis di Sepang telah mengeluarkan kenyataan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman sosial itu.

Ia susulan hantaran seorang pemilik akaun X yang memaparkan dakwaan tentang seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang telah melontarkan komen jelik terhadap Perdana Menteri.

Baca: Bukan Dalam Shopee Je, Kedai Fizikal Pun Mula Terima SPayLater, Ini Cara Guna Dengan Bijak

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata semakan sistem I-prs melalui nombor telefon yang tular dan di cawangan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), Bukit Aman mengesahkan individu berkenaan bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pihak polis IPD Sepang dengan tegas menafikan bahawa posting yang ditularkan dan dikaitkan dengan kes melontar komen jelik terhadap Perdana Menteri adalah dikeluarkan oleh anggota IPD Sepang adalah tidak benar,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Tiada Anggota Polis Di IPD Sepang Dikesan Buat Komen Jelik Terhadap Perdana Menteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*