Jacinda Ardern Umum Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri New Zealand

jacinda ardern letak jawatan

Jacinda Ardern Umum Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri New Zealand

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern telah mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media yang mengejut, lapor The Guardian.

Pada mesyuarat kaukus tahunan parti pada Khamis Ardern berkata sudah tiba masa untuk dirinya meletakkan jawatan kerana ‘tangki dalam air sudah tidak mencukupi’.

“Saya akan meletakkan jawatan, kerana peranan istimewa semestinya datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab untuk mengetahui bila anda adalah orang yang tepat untuk memimpin dan juga apabila anda tidak.

“Saya tahu apa yang diperlukan oleh seseorang untuk memegang jawatan ini dan saya juga saya tidak mempunyai air yang cukup dalam tangki untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi lagi. Ia semudah itu (menyedari beliau tidak layak lagi),” katanya.

Dalam pada itu, penggal beliau sebagai perdana menteri akan berakhir selewat-lewatnya pada 7 Februari.

“Saya manusia, ahli politik juga adalah manusia. Kami memberikan semua yang kami mampu selagi kami larat untuk melakukannya.

“Kemudian masa tersebut juga akan ‘tiba’. Dan bagi saya, sudah tiba masanya,” ujar Ardern.

Katanya, beliau telah memikirkan semasa cuti musim panas sama ada dia mempunyai tenaga untuk meneruskan peranan itu dan telah membuat kesimpulan dia tidak akan meneruskan lagi.

Untuk rekod, Ardern telah menjadi ketua kerajaan wanita termuda di dunia apabila dia dipilih sebagai perdana menteri pada tahun 2017 ketika beliau berusia 37 tahun.

Beliau telah memimpin New Zealand semasa pandemik Covid-19 melanda dan bencana besar termasuk serangan pengganas ke atas dua masjid di Christchurch dan letusan gunung berapi Pulau Putih.

Ditanya mengenai bagaimana beliau mahu rakyat New Zealand mengingati kepimpinannya, Ardern berkata beliau mahu diingati sebagai seorang yang sentiasa cuba bersikap baik.

“Saya harap saya meninggalkan warga New Zealand dengan kepercayaan bahawa anda boleh menjadi baik, tetapi kuat, empati tetapi tegas, optimistik tetapi fokus.

“Dan bahawa anda boleh menjadi pemimpin anda sendiri, seorang yang tahu bila masanya untuk pergi,” tambah Ardern lagi.

Memetik Daily Mail, Ardern sempat menyelit mesej kepada tunangnya Clarke Gayford.

“Akhirnya, mari kita berkahwin,” kata Ardern.

Sumber: The Guardian

BACA: PM New Zealand Batalkan Rancangan Perkahwinan Ekoran Lonjakan Kes Omicron

The post Jacinda Ardern Umum Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri New Zealand appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*