Tiada Duit Tambang, Warga Emas Sedih Tak Dapat Balik Kampung Tengok Jenazah Isteri

Tiada Duit Tambang, Warga Emas Ini Sedih Tak Dapat Lihat Isteri Buat Kali Terakhir

Tiada Duit Tambang, Warga Emas Sedih Tak Dapat Balik Kampung Tengok Jenazah Isteri

Seorang warga emas bernama Wakyani dari Jakarta, Indonesia berduka kerana tidak dapat melihat isterinya yang tercinta buat kali yang terakhir.

Kisah pilu itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok (@_nautami) menerusi satu rakaman video yang menjadi tular di media sosial.

Berdasarkan video tersebut, Wakyani yang berusia 80 tahun dipercayai telah lama meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki sebagai penjual susu.

Menurut Wakyani, dia menanggung kesedihan yang amat sangat kerana tidak dapat menatap wajah isterinya buat kali terakhir kerana tiada duit tambang untuk pulang ketika jenazah  isterinya hendak dikebumikan.

“Saya tidak boleh bayangkan bagaimana isteri saya meninggal dunia seminggu yang lalu. Saya tidak boleh menemaninya dan hanya mampu berdoa kerana saya tidak mempunyai wang untuk pulang ke rumah,” kata Wakyani.

Video yang mencapai lebih 1.2 jumlah tontonan itu telah menyentuh hati warga maya serta masyarakat tempatan. Malah, banyak warga maya yang berniat baik ingin membantu Wakyani dan berkongsi rezeki dengan warga emas tersebut.

Ekoran itu pemilik TikTok berkenaan kemudian bersetuju untuk membantu mengumpul sumbangan orang ramai dan diserahkan kepada Wakyani.

Namun begitu, pemilik TikTok itu memberitahu Wakyani tidak selesa menerima bantuan berkenaan biarpun jumlah yang diterima sangat besar.

Sebaliknya, Wakyani meminta sumbangan itu diserahkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Setelah kesepakatan berjaya dicapai dan tanda menghormati permintaan Wakyani, sumbangan itu kemudian diserahkan kepada sebuah rumah anak yatim.

“Terima kasih kepada semua. Ini bukti bahawa masih banyak manusia baik di luar sana,” ujar pemilik akaun tersebut.

BACA: Polis Berkas Suami Isteri, Disyaki Bekal Senjata Api Kepada Lelaki Israel

Sumber: _nautami via TikTok

The post Tiada Duit Tambang, Warga Emas Sedih Tak Dapat Balik Kampung Tengok Jenazah Isteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*