Tiada kes baharu jangkitan ASF di P. Pinang

GEORGE TOWN – Tiada kes baharu dikesan membabitkan jangkitan ‘African Swine Fever’ (ASF) atau demam babi Afrika di ladang-ladang ternakan babi di Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini kes jangkitan ASF di Pulau Pinang adalah dalam keadaan terkawal.

“Tiada kes baharu setakat ini, dan dua kes dikesan di ladang di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) sahaja.

“Kita memantau dengan rapi situasi jangkitan pada masa ini bagi mengelakkan ia merebak ke tempat lain,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran kempen hari tanpa tunai bagi jabatan dan agensi kerajaan negeri di Pulau Pinang di Komtar, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar berkata, sebuah ladang yang dijangkiti ASF telah dibuat pemusnahan dan ladang kedua yang dijangkiti masih dalam pemantauan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Beritahu Mohd. Sayuthi, secara keseluruhannya, sebanyak 1,500 ekor babi telah dimusnahkan di ladang pertama yang dikesan positif ASF. -KOSMO! ONLINE

The post Tiada kes baharu jangkitan ASF di P. Pinang appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*