Tular Pengantin Jadikan Tiket Konsert Coldplay Sebagai Mas Kahwin

Mas kahwin tiket konsert Coldplay

Tular Pengantin Jadikan Tiket Konsert Coldplay Sebagai Mas Kahwin

Sebuah video yang memaparkan pengantin lelaki menghadiahkan pasangannya sekeping tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin telah tular di media sosial Indonesia.

Video tular tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna yang menggunakan nama @orangdalamkamu di Twitter miliknya. Pengguna itu juga mendedahkan bahawa pasangan pengantin itu merupakan saudaranya.

Majlis pernikahan kedua pasangan yang tular itu akhirnya menjadi bualan hangat pengguna media sosial di Indonesia kerana keunikan tersebut.

Menerusi perkongsian muat naik itu, kedua pasangan dilihat kemas dan cantik memakai pakaian tradisional berwarna putih semasa majlis yang penuh adat tersebut.

Mas kahwin 21 gram logam, sepersalinan alat solat dan tiket Coldplay

“Saya nikahkan dan saya kahwinkan anak kandung saya, Anastasya Ayu Widiana kepada engkau dengan mas kahwin 21 gram logam, sepersalinan alat solat dan tiket Coldplay,” ujar sang wali yang merupakan bapa pengantin perempuan.

“Saya terima nikahnya dan kahwinnya Anastasya Ayu Widiadana binti Ahmad dengan mas kahwinya tersebut tunai,” jawab pula pengantin lelaki di dalam video tersebut.

“Saudara saya berkahwin menggunakan mas kahwin tiket Coldplay, perkahwinan itu disokong Chris Martin,” tulis ciapan muat naik tersebut.

Keunikan perkahwinan itu telah menjadi tumpuan umum kerana lelaki itu dikatakan sanggup berkorban untuk mendapatkan tiket konsert buat bakal isterinya.

Konsert jelajah Coldplay bakal menemui peminat pada 15 November depan dan bertempat di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, seramai 14 orang peminat Coldplay di Indonesia dilaporkan mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit. Mereka didakwa telah ditipu sewaktu mendapatkan tiket konsert Coldplay di media sosial, lapor Detik.com.

Kesemua mereka dipercayai telah membuat laporan polis berhubung penipuan itu di Bareskrim Polri.

Peguam yang mewakili kesemua mangsa, Muhammad Zainul Arifin mendakwa bahawa beliau mempunyai surat kuasa daripada 14 mangsa untuk membuat laporan tersebut.

Menurut Zainul, anak guamnya telah rugi sebanyak 30 juta Rupiah (RM 9,115).

Laporan Zainul didaftarkan oleh Polis Bareskrim pada 19 Mei lalu. Laporan itu dibuat kerana berlakunya penipuan dalam proses jual beli tiket konsert tersebut.

Sumber: iNews

The post Tular Pengantin Jadikan Tiket Konsert Coldplay Sebagai Mas Kahwin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*