Tiada Lagi ‘Burung Biru’, Logo Twitter Kini Bertukar Jadi X

burung biru twitter x

Tiada Lagi ‘Burung Biru’, Logo Twitter Kini Bertukar Jadi X

Selepas 17 tahun, logo ikonik burung biru yang sinonim dengan platform media sosial terkemuka, Twitter kini telah digantikan dengan lago baharu, X.

Logo baru X dengan latar belakang berwarna hitam itu mula digunakan sejak semalam dan boleh dilihat di laman web Twitter. Bagaimanapun, logo burung biru untuk aplikasi Twitter di telefon bimbit masih ada sehingga ke hari ini.

Menurut Elon Musk, penukaran logo berkenaan adalah seiring dengan penjenamaa semula aplikasi tersebut, juga kepada X. Ia juga petanda kepada permulaan syarikat itu membina sebuah ”aplikasi segalanya”.

Tiada lagi burung biru, Twitter kini jadi X

Sejak mengambil alih syarikat berkenaan pada Oktober tahun lepas, Musk secara terbuka berkongsi hasratnya untuk mewujudkan sebuah aplikasi pelbagai guna.

Aplikasi pelbagai guna berkenaan pula mampu menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna, lebih daripada sekadar aplikasi media sosial semata-mata.

Menurut CNA, banyak pihak mengandaikan ”aplikasi segalanya” yang ingin dibangunkan oleh Musk berkemungkinan adalah mirip seperti aplikasi WeChat.

Dalam pada itu, penukaran jenama dan logo Twitter ini juga mencetuskan pelbagai perdebatan dalam pengguna. Antara yang dibangkitkan adalah penggunaan istilah-istilah yang sinonim dengan Twitter seperti tweet dan retweet.

Manakala bagi pakar pemasaran dan jenama pula, langkah penjemanaan semula ini berisiko mengetepikan reputasi dan pengiktirafan yang diterima jenama Twitter sejak sekian lama.

”Hanya beberapa jenama sahaja di dunia, yang namanya berubah menjadi satu perkataan yang digunapakai secara harian atau dalam pelaporan media,” kata seorang pakar pemasaran.

Selain itu, beberapa pihak juga percaya penjenamaan itu langsung tiada kena mengena dengan usaha Musk untuk mewujudkan ”aplikasi segalanya”. Sebaliknya, mereka percaya apa yang dilakukan Musk adalah semata-mata mahu mengukuhkan pemilikannya ke atas Twitter.

”Perubahan jenama dan logo Twitter tiada kena mengena dengan pengguna, pengiklan atau isu-isu dalam pasaran. Ia hanyalah simbol bahawa Twitter adalah harta peribadi milik Elon Musk.

”Selepas menguasai istana, kini dia mahu memacak dan mengibarkan benderanya sendiri”, kata Tom Morton, Ketua Pegawai Strategi Global di agensi pengiklanan, R/GA.

BACA: Tinggi 26km & Lebar 600km, Kenali Olympus Mons Gunung Berapi Tertinggi & Terbesar Sistem Solar

Sumber: CNA 

The post Tiada Lagi ‘Burung Biru’, Logo Twitter Kini Bertukar Jadi X appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*