Tiada persefahaman, orang ketiga antara alasan untuk bercerai – Puteri Sarah

KUALA LUMPUR – Perkahwinan pelakon Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof hampir menemui titik noktah apabila Puteri Sarah akhirnya hadir sendiri memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah di sini.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

“Tambahan pula, saya bersama anak-anak tidak lagi tinggal bersama suami, sama ada di rumah mentua mahupun di rumah kelamin. Hal ini berikutan akibat tekanan dan gangguan yang berpunca daripada pihak ketiga sehingga telah lama tidak pulang ke rumah.

“Saya percaya oleh kerana tiadanya persefahaman antara kedua-dua pihak maka saya percaya jika diteruskan (perkahwinan) mungkin akan mendatangkan lebih kemudaratan kepada kedua-dua pihak, khususnya diri saya, emosi saya serta anak-anak” katanya menurut dokumen itu.

Semasa memfailkan cerai tersebut, Puteri Sarah turut ditemani dua adik beradiknya.

Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah ketika ditemui berkata, mahkamah menetapkan 7 Mac ini bagi sebutan kes yang mana permohonan cerai itu akan didengar Mahkamah Rendah Syariah.

Untuk rekod Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.

Minggu lalu Kosmo! melaporkan kepincangan rumah tangga Syamsul mungkin memasuki fasa baharu berikutan isterinya, Puteri Sarah akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah di sini.

Media turut melaporkan melalui menerusi coretan di Instagram Syamsul mengharapkan agar kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar bertenang serta banyak bersabar. – KOSMO! ONLINE

The post Tiada persefahaman, orang ketiga antara alasan untuk bercerai – Puteri Sarah appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*