Wanita Maut, Suami Dan Bayi Cedera Parah Kemalangan Di Machang

wanita kemalangan machang

Wanita Maut, Suami Dan Bayi Cedera Parah Kemalangan Di Machang

MACHANG, 28 Nov (Bernama) — Seorang wanita meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya berdekatan simpang Masjid Nurul Abidin Pangkal Canggong di sini pada 4.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Mohd Adli Mat Daud berkata ketika kejadian, mangsa berusia 21 tahun bersama suami, 20, dan bayi lelakinya berusia lapan bulan dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Mengketil menghala ke Machang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu mangsa hilang kawalan, lalu terbabas ke sebelah jalan arah bertentangan dan melanggar pagar simen di tepi jalan.

“Mangsa tercampak di bahagian penumpang belakang, manakala suami dan anak tersepit di bahagian tengah di antara pemandu dengan penumpang sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Bayi Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Kereta

Mohd Adli berkata ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat.

“Wanita terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suami dan anaknya mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Machang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Manakala di Mersing, eorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda ketika melintas di Jalan Penyabong, Endau, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata dalam kejadian pukul 3.45 petang itu, mangsa Syuhada Zafirah Samin, 15, dipercayai baru pulang dari sekolah dengan menaiki bas.

Sumber: BERNAMA

The post Wanita Maut, Suami Dan Bayi Cedera Parah Kemalangan Di Machang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*