Letih 18 Jam Memandu, Dah Sampai KL Baru Perasan Kunci Rumah Tertinggal Di Terengganu

Tiba Di Kuala Lumpur

Letih 18 Jam Memandu, Dah Sampai KL Baru Perasan Kunci Rumah Tertinggal Di Terengganu

Menjelang sambutan hari raya Aidilfitri, pasti ramai warga kota sedang sibuk membuat persiapan raya dan merancang perjalanan mahu pulang ke desa.

Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Jumlahnya, menjadi dua atau tiga kali ganda berbanding hari biasa bergantung kepada jarak destinasi yang hendak dituju.

Situasi yang sama juga terpaksa dihadapi oleh anak perantau apabila mahu pulang semula ke kota.

Kesesakan jalan dan tempoh perjalanan yang boleh mencecah sehingga 20 jam ketika pulang ke kampung terpaksa dihadapi sekali lagi.

Maka tak hairanlah, pengembaraan luar biasa ini selalu menjelmakan pelbagai kisah dan memori ‘indah’ yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Jasad baru sampai di KL lepas 18 jam memandu, kunci rumah pula tertinggal di Kuala Terengganu”

Baru-baru ini seorang pengguna Tiktok, @ceokuterer berkongsi kisah apabila dia dan keluarga baru tersedar kunci rumah milik mereka tertinggal di Terengganu.

Hakikat pahit yang terpaksa ditelan itu menyebabkan tempoh perjalanan pulang selama 18 jam dari kampung di Terengganu ke rumah mereka di Kuala Lumpur itu menjadi bertambah memenatkan.

Menerusi video yang dimuat naik, renungan kosong yang panjang jelas kelihatan pada wajah @ceokuterer. Pendek kata, tiada kata-kata yang mampu menzahirkan apa yang bermain di fikirannya ketika itu.

Ramai pengguna TikTok berkongsi kisah yang hampir sama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan video berdurasi 17 saat ini, malah ada yang berkongsi kisah mereka tentang insiden yang hampir sama.

“Pakcik dan makcik saya balik asing. Makcik saya balik dari Johor Bahru naik bas sebab cuti sudah habis, pakcik saya balik lambat naik kereta sebab kerja sendiri dan boleh cuti lama. Bas dah gerak baru teringat kunci rumah bawa satu je kat pakcik,””komen seorang warga maya.

“Saya pernah kena. Balik raya naik bas, sampai rumah baru sedar kunci dekat kampung. Nasib ada spare dalam peti surat,” komen lagi seorang wargamaya.

BACA: “Boss, You Mahu Pergi KL Kan? Jangan Patah Balik..” Lelaki Kongsi Pengalaman Pulang Beraya Guna Jalan Tikus

@ceokuterer

Jasad baru sampai di KL lepas 18 jam memandu, kunci rumah pulak tertinggal di Kuala Terengganu.

♬ original sound – ACHIK AFIQ 06 – ACHIK AFIQ 06

Sumber: @ceokuterer via TikTok

The post Letih 18 Jam Memandu, Dah Sampai KL Baru Perasan Kunci Rumah Tertinggal Di Terengganu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*