China Hasilkan ‘Benang’ Fiber Baru, Pakaian Boleh Jadi Peranti Elektronik

China Bangun Fiber Baharu, T-Shirt Jadi Peranti Elektronik

China Hasilkan ‘Benang’ Fiber Baru, Pakaian Boleh Jadi Peranti Elektronik

Pada masa ini, peranti boleh pakai pintar (smart wearable devices) bukan lagi suatu yang asing dalam kehidupan harian manusia.

Peranti-peranti berkenaan yang meliputi pelbagai aspek kehidupan itu boleh ditemui dan dijual di mana-mana sahaja.

Menariknya, sekumpulan penyelidik China telah membangun tekstil berlapis baharu yang boleh diterangi dengan sentuhan jari.

Menurut CGTN, tekstil berkenaan dibangunkan oleh penyelidik dari Kolej Sains Bahan, Universiti Donghua dan sudah diterbitkan dalam Jurnal Sains pada 4 April lepas.

Dalam kajian itu, penyelidik berkenaan mencadangkan pendekatan seni bina yang berbeza daripada model tradisional yang dikenali sebagai von Neumann, iaitu model yang paling biasa digunakan dalam reka bentuk komputer.

Sebaliknya, pendekatan non-von Neumann yang dicadangkan berjaya memecahkan kaedah penjujukan maklumat secara linear dan menyepadukan penuaian tenaga, penderiaan maklumat dan fungsi-fungsi penghantaran isyarat melalui benang.

Mereka kemudian berjaya menghasilkan sejenis gentian baharu yang menggabungkan badan manusia sebagai sebahagian daripada litar untuk mengumpul tenaga elektromagnet ambien.

Menariknya, gentian yang dihasilkan itu tidak memerlukan sebarang bateri untuk membekalkan kuasa tambahan.

Menurut CGTN lagi, gentian tersebut terdiri daripada tiga lapisan berbeza menggunakan bahan yang sedia ada. Lapisan pertama adalah teras gentian yang berfungsi sebagai antena yang mampu mengesan medan elektromagnet berselang-seli.

Teras gentian ini dibuat daripada gentian nilon yang bersalut perak, membolehkannya untuk mengesan medan elektromagnet dengan cekap.

Manakala lapisan kedua ialah lapisan dielektrik yang diperbuat daripada resin komposit BaTiO3, yang dioptimumkan untuk meningkatkan kapasiti gandingan tenaga elektromagnet.

Pada bahagian luar pula merupakan lapisan pendarfluor yang peka dengan medan elektrik yang diperbuat daripada resin komposit zink sulfida (ZnS).

China percaya industri elektronik dan pakaian pintar akan terus berkembang

“Kos bahan mentah yang rendah dan keupayaan untuk menggunakan teknik pemprosesan yang sudah tersedia membolehkan fabrik ini dihasilkan secara besar-besaran,” kata Yang Weifeng.

Beliau merupakan penulis pertama kajian dan pelajar kedoktoran di Universiti Donghua.

Jelas CGTN, gentian tersebut boleh dijalin ke dalam pakaian untuk mencipta paparan fabrik, penghantaran arahan tanpa wayar dan fungsi lain tanpa perlu menggunakan cip atau bateri tambahan.

Pakaian yang dijalin dengan gentian tersebut akan menjadi lebih bercahaya dan interaktif untuk dipakai. Pemakai juga boleh mengawal corak yang dipaparkan pada pakaian menggunakan peranti elektronik.

Mereka juga boleh menghasilkan corak-corak yang berbeza mengikut postur badan pemakai.

Penyelidik menjangkakan teknologi tersebut dapat mengembangkan senario dalam industri produk elektronik dan boleh mengubah cara orang ramai mengguna produk pintar.

“Kami percaya tidak lama lagi pakaian pintar akan berkembang, manusia menjadi lebih berkuasa dan mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka,” kata Wang Zhihong.

Beliau merupakan Ketua Pasukan Penyelidik dan profesor di Universiti Huadong.

BACA: 11 Alas Kaki Dengan Corak Gambar Kaabah Dirampas Di Johor

Sumber: CGTN

The post China Hasilkan ‘Benang’ Fiber Baru, Pakaian Boleh Jadi Peranti Elektronik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*