Fenomena Hujan Aneh, Hanya Kawansan 3 Meter Dituruni Hujan

Hujan aneh 3 meter

Kawasan Pelancongan Indonesia Di Hujani Fenomena Hujan Aneh Seluas 3 Meter

Fenomena hujan aneh dilapor berlaku di salah satu kawasan pelancongan di Kota Probolinggo, Indonesia, lapor Detik.com.

Fenomena hujan aneh yang dipanggil sebagai hujan lokal itu dikatakan hanya berlaku di kawasan sebesar 3 meter persegi sahaja.

Difahamkan, fenomena hujan lokal itu telah terjadi pada Selasa lalu di lokasi pelancongan Kumkum, Kabupaten Mayangan, Kota Probolinggo.

Susulan kejadian hujan aneh itu, penduduk tempatan dikatakan telah merakam fenomena itu dan memuat naiknya di media sosial.

Menurut Detik, hujan berbentuk bulatan berdiameter 3 meter tersebut dikatakan hanya membasahi kawasan di hadapan tandas di kawasan pelancongan itu.

Selain itu, penduduk tempatan mendakwa bahawa kejadian fenomena hujan aneh itu adalah pertama kali berlaku di kawasan tersebut.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

Hujan terjadi dari renyai hingga lebat hanya di satu kawasan sahaja

Seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Sukamto berkata bahawa hujan lokal ini sangat aneh kerana ia terjadi dengan intensiti sederhana hingga lebat di kawasan berbentuk bulatan 3 meter itu.

Tambah Sukamto, hujan lokal itu terjadi di kawasan tandas dan berdekatan tempat untuk membilas tubuh selepas mandi laut. Hujan lokal itu juga dikatakan terjadi selama lebih kurang dua jam.

“Hanya kawasan 3 meter saja yang hujan, di sisi Selatan, Utara, Barat dan Timurnya tidak hujan. Kerana pertama kali terjadi, warga yang lain telah merakamnya. Ia aneh,” kata Sukamto.

Sementara itu, Ketua Badan Tindak Balas Bencana Daerah (BPBD) Probolinggo, Sugito Prasetyo berkata bahawa kejadian hujan lokal itu dianggap normal.

Menurutnya, ia berkemungkinan berlaku kerana awan berkumpul di satu titik kawasan tertentu sahaja.

Oleh itu, hujan hanya akan turun di kawasan tumpuan awan tersebut sahaja.

“Mungkin ada timbunan atau kumpulan awan di atasnya. Hasil pemantauan kita, fenomena hujan lokal ini masih boleh dianggap sebagai normal,” Jelas Sugito.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Detik.com

The post Fenomena Hujan Aneh, Hanya Kawansan 3 Meter Dituruni Hujan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*