Lelaki Raih RM500 Mengemis 4-5 Jam Di Pasar Malam, Miliki Proton X70

Hasil daripada mengemis

Lelaki Raih RM500 Mengemis 4-5 Jam Di Pasar Malam, Miliki Proton X70

Seorang lelaki diberi amaran oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Maran selepas didapati menjadikan aktviti mengemis di Pasar Malam Sri Jaya sebagai sumber pendapatannya.

Apa yang mengejutkan, lelaki berkenaan tuurt memiliki kenderaan Proton X70 Premium.

Perkara itu didedahkan oleh JKM Maran menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi jabatan berkenaan.

Menurut JKM Maran, mereka menemui lelaki itu ketika menjalankan operasi membanteras aktiviti pengemisan di pasar malam tersebut.

“Pegawai penguatkuasa JKM Maran menghampiri lelaki tersebut dan bertanyakan tujuan dia meminta sedekah.

“Namun, pertanyaan Penguatkuasa JKM tidak dijawab. Dia kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu” kata hantaran tersebut.

Penguatkuasan juga mengesan kepingan duit kertas dalam beg yang dipegang lelaki berkenaan dipercayai hasil sedekah pengunjung pasar malam.

“Berkali-kali penguatkuasa JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi pada hari ini tetapi tidak mendapat respon daripada lelaki tersebut.

“Setelah didesak barulah lelaki tersebut bersuara. Normal rupanya. Dia bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU Fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal),” kata hantaran itu lagi.

Bawa X70 untuk mengemis

Lelaki itu kemudian memberi alasan bahawa kad pengenalannya tertinggal dalam kereta.

Menurut JKM Maran lagi, penguatkuasanya bertindak mengekori lelaki berkenaan menuju ke kenderaan tersebut.

Alangkah terkejutnya pihak JKM apabila kereta yang dimaksudkan lelaki itu adalah sebuah kereta Proton X70 Premium.

“Dia juga mengaku bahawa kereta Proton X70 Premium tersebut adalah miliknya”, kata JKM Maran lagi.

Lelaki berkenaan kemudian mendedahkan berjaya mengutip sehingga RM500 setiap kali mengemis antara 4 hingga 5 jam di pasar-pasar malam.

JKM Maran seterusnya melepaskan lelaki tersebut selepas diberi amaran.

Difahamkan, hasil siasatan oleh JKM mendapati lelaki itu tinggal di Kuantan dan akan pergi ke pasar malam untuk meminta sedekah.

Selain itu, JKM juga mendapati dia turut menerima Elaun Pekerja OKU daripada JKM sebanyak RM450 sebulan sejak tahun 2001 lalu.

Susulan penemuan itu, JKM Maran mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menghulurkan sedekah.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Facebook JKM Maran

The post Lelaki Raih RM500 Mengemis 4-5 Jam Di Pasar Malam, Miliki Proton X70 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*