Tiga Maut Dalam Gempa Bumi Di Turkiye & Syria Semalam

tiga maut gempa Turkiye

Tiga Maut Dalam Gempa Bumi Di Turkiye & Syria Semalam

ISTANBUL — Sekurang-kurangnya tiga maut dalam gempa bumi yang mengegarkan wilayah selatan Hatay, Turkiye dan utara Syria semalam, lapor AFP.

Difahamkan gempa berukuran 6.4 magnitud itu mencetuskan panik susulan gempa yang berlaku pada awal bulan lalu.

Ia berlaku pada jam 8.04 malam waktu tempatan dan dapat dirasai 200 kilometer hingga ke Utara bandar Antakya, wilayah Adana dan Lubnan.

Gambar: Yasin AKGUL / AFP

Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu berkata tiga orang dilaporkan terbunuh manakala 213 orang cedera telah dibawa ke hospital.

Manakala, Badan Sukarela, Syria White Helmets memaklumkan lebih 130 orang cedera selepas beberapa bangunan yang rosak dilaporkan runtuh.

Agensi Pengurusan Bencana Turkiye (AFAD) di Twitter melaporkan, dua lagi gempa susulan berukuran 5.8 magnitud (tiga minit kemudian) dan 5.2 magnitud (20 minit kemudian) berlaku di daerah Samandag, Hatay.

Gambar: Valentin RAKOVSKY / AFP

Gambar dari agensi berita DHA mendedahkan sebuah hospital di Antakya telah dipindahkan selain sebuah lagi hospital juga dipindahkan ke bandar Iskenderun, lapor NTV.

BACA JUGA: Kenapa SPM Penting? Ramai Ambil Remeh Tentang Ini

Salah seorang mangsa di jalan Antakya, Ali Mazlum, 18, memberitahu AFP, dia bersama AFAD sedang mencari mayat keluarganya sewaktu gempa itu melanda.

“Kami tak tahu nak buat apa. Kami berpegangan antara satu sama lain sambil menyaksikan dinding mula runtuh. Saya berasa seperti bumi mahu menelan kami,” katanya.

tiga maut gempa Turkiye
Gambar: Sameer Al-DOUMY / AFP

Jurucakap DHA, Soylu berkata pasukan penyelamat sedang berusaha mencari mangsa yang berkemungkinan terperangkap di bawah runtuhan di dua lokasi di Hatay dan Kahramanmaras.

Maklum pengawai operasi penyelamat, sebanyak 11 wilayah dilaporkan mengalami gegaran sehingga Ahad lalu.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran menggesa orang ramai menjauhi kawasan pantai susulan risiko berlakunya tsunami. Bagaimanapun, ia telah ditarik balik oleh Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay.

tiga maut gempa Turkiye
Gambar: LOUAI BESHARA / AFP

Menurut AFAD, lebih 6,200 gegaran susulan telah direkodkan sejak gempa bumi kuat 7.8 magnitud melanda Turkiye dan Syria. Gempa tersebut telah mengorbankan seramai 41,156 orang di Turkiye dan 3,688 di Syria.

Bagaimanapun, pakar menjangkakan jumlah korban berkemungkinan meningkat selepas pembersihan runtuhan dan operasi menyelamat dihentikan.

Terdahulu, Setiausaha Amerika Syarikat, Antony Blinken telah mengadakan perbincangan di Ankara bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan Menteri Luar, Mevlut Cavusoglu semalam.

Lawatan tersebut selesai selepas gegaran yang tercetus di negara berkenaan. Sehingga kini, kuasa besar dunia itu telah menyumbang bantuan lebih RM819.6 juta ($185 juta) kepada Turkiye dan Syria.

Sumber: AFP via Barrons

The post Tiga Maut Dalam Gempa Bumi Di Turkiye & Syria Semalam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*