TikTok Sahkan Pekerja Boleh Pilih Video Untuk Ditularkan 

Akui Pekerja Boleh Pilih Video Untuk Ditularkan - TikTok

TikTok Sahkan Pekerja Boleh Pilih Video Untuk Ditularkan

Syarikat gergasi penstriman video, TikTok mengesahkan bahawa pekerjanya boleh memilih video untuk ditularkan menerusi ciri heating (pemanasan), lapor The Verge.

Difahamkan, enam pekerja dari platform itu memberitahu bahawa mereka boleh memilih video menjadi tular hanya dengan menggunakan ciri tersebut.

Menurut jurucakap TikTok, Jamie Favazza, ciri itu merujuk kepada peningkatan video terhadap maklum balas bagi mencapai bilangan tontonan video tertentu.

Jumlah tontonan yang dipilih melalui heating dipercayai menyumbang sebahagian besar daripada jumlah tontonan video harian (satu hingga dua peratus).

“Yang mana ia mampu memberikan impak ketara pada keseluruhan teras,” katanya.

Tidak seperti iklan dan kandungan yang terdapat dalam aplikasi itu, heating tidak dilabelkan.

Jadi tidak hairan mengapa terdapat pelbagai kandungan yang dipercayai cuba menyakinkan pengguna terhadap ahli politik dan perniagaan  serta syarikat lain untuk mempromosikan jenama mereka di platform itu.

Gambar: Pixabay

Tambah Jamie dalam satu kenyataan, mereka mempromosikan beberapa video yang membantu mempelbagaikan jenis kandungan dan memperkenalkan selebriti baharu dalam komuniti TikTok.

“Hanya beberapa orang yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang bertanggungjawab meluluskan kandungan video untuk dipromosikan di negara itu. Kira-kira 0.002 peratus daripada video yang dimuat naik anda, tercipta daripadanya,” jelasnya.

BACA JUGA: Jika Apple & Google Buang Aplikasi Twitter Dari “App & Play Store”, Elon Musk ‘Ugut’ Mahu Buat Telefon Sendiri

Ciri heating ini juga boleh menarik minat pengaruh, mempromosikan pelbagai kandungan atau menolak maklumat penting serta menentukan kandungan sesuai dengan garis panduan yang ditetapkan.

Sehubungan itu, aplikasi di bawah pemilikan ByteDance akan terus memberikan pelbagai jenis kandungan yang lebih terperinci dan yang disyorkan.

Bagaimanapun, menurut Forbes sesetengah pekerja menggunakan ciri tersebut bagi kepentingan peribadi seperti meningkatkan akaun peribadi atau orang yang dikenali.

Perkara ini berkemungkinan menyebabkan pencipta kandungan atau pengguna hilang minat kepada aplikasi tersebut berikutan video yang dihasilkan tidak mendapat sambutan (tontonan) akibat ketidaktelusan kakitangan TikTok sendiri.

Akui Pekerja Boleh Pilih Video Untuk Ditularkan - TikTok
Gambar: Pixabay

Susulan itu, kontrak antara TikTok dan Jawatankuasa Pelaburan Asing United States (CFIUS) masih dalam rundingan berikutan atas faktor keselamatan negara, maklum The Wall Street Journal.

Syarikat ByteDance dimaklumkan telah menerima pelbagai kritikan ekoran memberi akses kepada pekerjanya dan aplikasi itu didakwa digunakan sebagai alat kerajaan.

“Semua protokol dan proses mempromosikan video di AS akan diuruskan oleh CFIUS dan pihak ketiga sementara kakitangan keselamatan data TikTok sahaja yang akan diberikan tanggungjawab untuk memilih video,” kata jurucakap TikTok itu.

Sumber: The Verge, Business Insider

The post TikTok Sahkan Pekerja Boleh Pilih Video Untuk Ditularkan  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*