Timbalan Menteri Indonesia Letak Jawatan Ekoran Dakwaan Rasuah

Timbalan Menteri Indonesia

Timbalan Menteri Indonesia Letak Jawatan Ekoran Dakwaan Rasuah

JAKARTA, 8 Dis (Bernama) — Presiden Joko Widodo menerima peletakan jawatan timbalan menteri Edward Omar Sharif Hiariej yang kini disiasat oleh agensi antirasuah KPK.

Timbalan menteri undang-undang dan hak asasi manusia itu secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Isnin.

“Presiden menerima surat peletakan jawatan Edward Omar hari ini,” kata penyelaras khas kakitangan presiden Ari Dwipayana lapor portal berita RRI pada Khamis.

Beliau berkata Joko Widodo telah menandatangani keputusan presiden untuk penamatan jawatannya.

Edward Omar telah memfailkan praperbicaraan terhadap KPK di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan.

KPK bagaimanapun belum mendedahkan butiran siasatan yang sedang dijalankan.

Kes itu yang berpunca daripada laporan Indonesia Police Watch, mendakwa Edward Omar menerima suapan tujuh bilion rupiah (US$451,438) berkaitan bantuan yang diluluskan kepada PT Citra Lampia Mandiri yang diselia oleh hal ehwal pentadbiran undang-undang kementerian itu.

BACA: Apa Hukum “Cash Out” Kredit eMadani? Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Sumber: BERNAMA

The post Timbalan Menteri Indonesia Letak Jawatan Ekoran Dakwaan Rasuah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*