Tindakan Berani Anjing Berhadapan Dengan Jerung, Raih Perhatian Pelancong

anjing dengan jerung

Tindakan Berani Anjing Berhadapan Dengan Jerung, Raih Perhatian Pelancong

Sekumpulan pelancong yang menaiki bot persiaran di sebuah pulau persendirian di Bahamas terkejut apabila ternampak seekor jerung berkepala tukul di dalam air.

Namun menurut New York Post,  ada yang lebih mengejutkan apabila seekor anjing melompat ke dalam air semata-mata untuk berhadapan dengan gergasi itu.

Pengurus tempahan bot Sukan Air Exuma, Rebecca Lightbourn berkata anjing itu mungkin bertindak sedemikian kerana mahu melindungi pulau tersebut.

“Sama ada ia mahu melindungi pulaunya atau hanya mahu bermain dengan apa yang dilihatnya seperti ikan gergasi di dalam air dan hanya mengejarnya,” katanya.

Tambahnya lagi, anak anjing berkenaan berenang sekitar dua hingga tiga minit dan berjaya menghalau jerung yang berkeliaran di sekitar pulau tersebut.

anjing dengan jerung
Kredit: New York Post

Anjing berhadapan jerung, pelancong menjerit berharap ia patah balik

Bagaimanapun, melihat kepada video yang disiarkan oleh syarikat pelancongan tersebut, beberapa orang penumpang bot persiaran menjerit untuk dengan harapan anjing itu akan berpatah balik ke darat.

Hal ini kerana jerung yang berkeliaran dikenal pasti sebagai jenis berkepala tukul, kira-kira sepanjang 12 hingga 18 kaki dan berat sekitar 180 paun.

Memetik New York Post, seramai 30 orang penumpang dan dua anak kapal dipaparkan dengan kelibat jerung berkepala tukul yang berkeliaran di dalam air ketika itu.

“Kami telah memperlahankan kenderaan (bot) untuk memberikan pandangan kepada tetamu malah dilihat jerung itu berpusing-pusing menuju ke pantai.

“Pada masa yang sama anjing juga menyedari kewujudannya (jerung),” kata Rebecca.

Difahamkan, anjing baka Bahamian Potcake tersebut merupakan haiwan peliharaan pengurus pulau persendirian itu.

Memandangkan anjing itu sentiasa menyapa bot pelancongan mereka yang lalu-lalang, Rebecca turut memasukkan sebahagian daripada lawatannya.

“Anjing itu selalu keluar untuk mengejar bot (seperti bertanya khabar) dan ia seolah-olah menjadi sebahagian daripada lawatan.

“Malah kami akan sentiasa melambainya ketika melewatinya,” katanya.

Lebih menarik, pulau persendirian dikelilingi kawasan tropika tersebut turut didiami beberapa individu kaya terkenal seperti Johnny Depp, Tyler Perry dan David Copperfield.

Sumber: New York Post

The post Tindakan Berani Anjing Berhadapan Dengan Jerung, Raih Perhatian Pelancong appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*