Tindakan Koperal Tentera Selamatkan Dua Mangsa Jatuh Laut Wajar Dijadikan Contoh

Tindakan koperal tentera

Tindakan Koperal Tentera Selamatkan Dua Mangsa Jatuh Laut Wajar Dijadikan Contoh

GEORGE TOWN, 16 Jan (Bernama) — Tentera Darat Malaysia (TDM) menyifatkan kepantasan anggotanya menyelamatkan dua mangsa terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di sini semalam, wajar dijadikan contoh oleh seluruh warga TDM.

TDM menerusi kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan ketika kejadian itu, Koperal Mazlan Abdul Rahman sedang melalui Jambatan Pulau Pinang dan terjun sejurus terdengar jeritan meminta tolong dari bawah jambatan.

Beliau yang bertugas di Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) turut memberi bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa setelah merapat ke bot berhampiran.

“Tindakan pantas berkenaan telah berjaya menyelamatkan nyawa mangsa orang awam yang dipercayai terjatuh ke dalam laut.

“Sikap berani dan pantas yang ditunjukkan oleh beliau wajar dijadikan contoh oleh seluruh warga TDM, tahniah dan syabas Koperal Mazlan,” menurut kenyataan itu.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

Media hari ini melaporkan wanita yang terjatuh ke dalam laut dalam kejadian di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang semalam mendakwa ditolak rakan lelakinya ketika mereka sedang bertengkar di hentian jambatan itu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin dilaporkan berkata berdasarkan keterangan awal  wanita berusia 40 tahun itu mendakwa telah ditolak rakannya berusia 37 tahun tersebut yang juga pegawai kanan polis tetapi bukan  bertugas di negeri ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu, tindakan pantas lelaki berkenaan yang terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang berjaya menyelamatkan kedua-dua mangsa dalam kejadian di Kilometer 2.8 menghala Perai, semalam.

Media melaporkan sebelum terjatuh ke dalam laut, mereka yang menaiki kereta Honda City dipercayai telah bergaduh di kawasan hentian di Jambatan Pulau Pinang.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: BERNAMA

The post Tindakan Koperal Tentera Selamatkan Dua Mangsa Jatuh Laut Wajar Dijadikan Contoh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*