Tindakan Pantas Doktor Dari Malaysia Selamatkan Warga Emas Pengsan Dalam Pesawat Dipuji

Doktor Malaysia dipuji

Tindakan Pantas Doktor Dari Malaysia Selamatkan Warga Emas Pengsan Dalam Pesawat Dipuji

Tular di media sosial berkenaan perkongsian seorang lelaki yang memuji tindakan pantas seorang doktor wanita asal Malaysia yang membantu penumpang warga emas yang pengsan.

Perkongsian itu telah dilakukan oleh seorang pengguna laman X yang bernama Mohsen Alkaff yang turut berada di dalam pesawat tersebut.

Menurut perkongsian itu, penerbangan Turkish Airlines itu dikatakan sedang dalam perjalanan dari Istanbul ke Kuala Lumpur.

Ketika dalam perjalanan, seorang wanita tua warga Turki dikatakan pengsan akibat mengalami tekanan darah tinggi.

Keadaan di dalam penerbangan dikatakan sedikit panik sebelum doktor yang dikenali sebagai Dr. Syazwani muncul menyelamatkan keadaan.

Malah lelaki itu juga sempat memuji tindakan Dr. Syazwani dan menyatakan bahawa dia berbangga dengan tindakan pantas doktor tersebut.

Saya menaiki penerbangan Turkish Airlines pulang ke KL dari Istanbul. Seorang wanita tua Turki pengsan akibat tekanan darah tinggi.

Seluruh pesawat panik sehingga seorang doktor Malaysia, Dr. Syazwani datang menyelamatkan. Ia sebuah kisah penyelamat yang hebat. Sangat berbangga dengan Dr. Syazwani,” tulis hantaran muat naik lelaki tersebut. 

Muat naik itu turut disertakan dengan dua keping gambar yang memaparkan Dr. Syazwani yang bertungkus lumus membantu wanita tua tersebut.

Dr Syazwani turut dibantu oleh beberapa penumpang dan pramugari

Beliau dilihat dibantu oleh beberapa penumpang dan pramugari penerbangan Turkish Airlines tersebut.

Muat naik itu turut mengundang reaksi komen yang pelbagai daripada pengguna laman tersebut.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Go Dr! Go Barbie! Tahniah dan terima kasih,” tulis seorang netizen.

“Bangga dengan awak Dr. Syazwani,” tulis seorang netizen lagi sambil menyebut nama Twitter doktor tersebut.

“Go Barbie,” tulis seorang netizen yang berbangga dengan doktor yang memakai tudung bercorak tulisan Barbie tersebut.

Sumber: X/@senalkaff

The post Tindakan Pantas Doktor Dari Malaysia Selamatkan Warga Emas Pengsan Dalam Pesawat Dipuji appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*