Piala AFF: Operasi Stesen LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam

Operasi Stesen LRT Bukit Jalil

Rapid Rail dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi kelancaran pergerakan penumpang yang menaiki tren ke stadium, tren tambahan akan disediakan sejurus tamat perlawanan bagi keselesaan dan kelancaran pergerakan penyokong untuk pulang ke destinasi masing-masing.

“Kesemua stesen integrasi masih boleh diakses bagi penumpang dari Stesen Bukit Jalil yang ingin meneruskan perjalanan menggunakan tren laluan berbeza ke destinasi yang ingin dituju.

“Penumpang juga dinasihatkan agar menggunakan kad Touch ‘n Go serta memastikan baki kad mencukupi sebelum tiba di stesen bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik,” menurut kenyataan itu.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Sebagai langkah keselamatan, penumpang diwajibkan untuk memakai pelitup muka sepanjang berada di kawasan stesen dan di dalam tren bagi mengekang penularan COVID-19.

Rapid Rail memaklumkan sejumlah 13,892 ruang parkir tersedia di stesen-stesen LRT dan Transit Aliran Massa (MRT) terpilih bagi penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan tren untuk ke stadium.

“Penumpang boleh menikmati kadar bayaran tetap parkir sebanyak RM4 apabila menggunakan kad Touch ‘n Go yang sama ketika menaiki perkhidmatan tren selain beberapa kakitangan tambahan akan ditempatkan di kawasan itu bagi melancarkan pergerakan penumpang keluar masuk di stesen,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

 

The post Piala AFF: Operasi Stesen LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*