Toyota Alphard & Vellfire Kembali Atas Permintaan Ramai

SHAH ALAM, 23 OKTOBER 2023 – UMW Toyota Motor (UMWT), nama terkemuka dalam pasaran MPV mewah di Malaysia, dengan bangganya mempersembahkan Toyota Alphard dan Vellfire serba baharu yang dinanti-nantikan. 

Kenderaan ini menetapkan standard baharu untuk ciri-ciri termaju, menawarkan penyelesaian pengangkutan yang cekap dan mewah kepada mereka yang mengutamakan kecanggihan, reka bentuk anggun, dan teknologi terkini. 

Toyota Alphard dan Vellfire menampilkan ciri-ciri termaju yang membezakan mereka daripada pesaing-pesaing dalam segmen MPV. Dari integrasi teknologi terkini hingga ruang dalaman yang versatil dan luas, kedua-dua model ini memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya. Penambahan pengecasan turbo digabungkan dengan kotak gear baharu menghasilkan peningkatan ketara tork dan kuasa, memberikan prestasi yang mengujakan dan menarik kepada pemandu. 

Presiden UMWT, Datuk Ravindran K. menyifatkan model 7 tempat duduk ini sebagai pengalaman serba mewah premium yang direka khusus untuk pelanggan mereka. “Dalam landskap automotif yang sentiasa berkembang, Toyata Alphard dan Vellfire terus menjadi penanda aras untuk inovasi dan kecanggihan. Kedua-duanya menetapkan standard baharu untuk kemewahan dan prestasi dalam segmen MPV, mencerminkan komitmen kami dalam menyampaikan kenderaan mengagumkan yang melangkaui semua jangkaan.”

Direka bentuk dengan penuh ketelitian, kedua-dua model memberikan keseimbangan yang sempurna antara kecekapan dan keanggunan. Kejuruteraan termaju, termasuk enjin 2.4L 16-valve DOHC dengan pengecasan turbo dan penyejukan dalaman, memastikan prestasi optimum tanpa menjejaskan kemewahan. Pendakap Prestasi Depan Toyota Vellfire meningkatkan lagi penghantaran kuasa, menghasilkan pecutan yang lebih lancar, pengendalian yang unggul, dan kestabilan yang sempurna.

“Alphard dan Vellfire melambangkan standard tertinggi baharu untuk kemewahan dan prestasi. Kedua-dua model ini direka bentuk agar setanding dengan pencapaian ahli profesional dan perniagaan berjaya yang menginginkan sebuah kenderaan yang bukan sahaja menjadi pelengkap kepada status mereka tetapi juga dapat disesuaikan dengan keperluan mereka yang dinamik,” tambah Datuk Ravindran K. 

Ketika melangkah masuk ke dalam kabin, Alphard dan Vellfire menawarkan pengalaman yang mirip seakan-akan berada di dalam sebuah jet peribadi. Gabungan kemasan kulit dan ira kayu, berserta dengan Bumbung Kaca Panorama tetap yang menyinari kabin dengan cahaya semula jadi, mewujudkan suasana kemewahan. Kokpit pemandu direka dengan teliti bagi memberikan akses mudah kepada suis dan kawalan mekanikal. 

Penumpang hadapan dan barisan pertama belakang boleh menikmati keselesaan kerusi yang dilengkapi dengan sistem pemanasan dan pengudaraan. Sementara itu, model Alphard Executive Lounge pula didatangkan dengan sesuatu yang lebih istimewa iaitu  fungsi urutan eksklusif pada kerusi barisan pertama. 

Dilengkapi dengan teknologi Toyota Safety Sense termaju, termasuk Dynamic Radar Cruise Control, Lane Departure Alert, Road Sign Assist, dan Adaptive High-beam System yang dipertingkatkan, keselamatan sentiasa diutamakan tanpa menjejaskan pengalaman yang serba mewah. 

Kedua-dua model ini didatangkan dalam empat warna menawan – Platinum White Pearl, Precious Metal, Precious Leo-Blond (Alphard sahaja), dan Hitam. Untuk mengoptimumkan kebebasan mobiliti, Alphard dan Vellfire serba baharu ini didatangkan dengan jaminan penuh 5 tahun. UMWT juga merupakan pengedar eksklusif dengan pusat jualan dan servis rasmi, menyediakan perkhidmatan yang dipercayai dan jaminan alat ganti. 

Dengan lebih daripada 74 pengedar Perkhidmatan Jualan di seluruh negara, pelanggan pasti dapat menikmati perkhidmatan premium yang komprehensif, termasuk pusat badan dan cat kenderaan yang khusus turut disediakan. Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge dijual pada harga RM538,000 tanpa insurans, manakala Toyota Vellfire 2.5 boleh didapati pada harga RM438,000 tanpa insurans. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi:

Alphard Serba Baharu [https://toyota.com.my/en/models/alphard.html]

Vellfire Serba Baharu [https://toyota.com.my/en/models/vellfire.html]

The post Toyota Alphard & Vellfire Kembali Atas Permintaan Ramai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*