Siri Anime Baharu, Dragon Ball DAIMA Ditayang Tahun Depan

Siri Anime Baharu, Dragon Ball DAIMA Ditayang Tahun Depan

“Kame… hame… ha!!”

Haa, siapa ingat perkataan ini? Ada tak yang pernah buat gaya Goku, lepas tu sebut “Kamehameha” kuat-kuat masa main dengan kawan-kawan? Peminat tegar Dragon Ball mesti tahu kan? Ada yang membesar dengan siri ini, ada juga yang baru nak tonton siri ini.

Masa kecik-kecik dulu, mesti ada yang terduduk depan tv untuk tunggu cerita ini disiarkan, kan? Kali ni, mesti anda semua akan buat benda yang sama.

Sebab, siri kegemaran semua ini akan mengeluarkan Dragon Ball DAIMA pada tahun hadapan! Haa, teruja tak tu?

Ketika panel di New York Comic Con yang merupakan festival budaya pop terbesar di dunia, siri terbaru itu telah didedahkan. Turut dipersembahkan, teaser dan logo animasi itu.

Pelukis manga siri itu turut memberikan komen tentang siri terbarunya, Dragon Ball DAIMA.

Gambar via Dragon Ball Official

Dalam komen tersebut, Akira Toriyama yang merupakan pelukis manga bagi siri terkenal ini, berkata bahawa dia sedang membuat siri baru Dragon Ball iaitu Dragon Ball DAIMA. Menurutnya lagi, perkataan DAIMA itu merupakan perkataan diciptanya sendiri.

Katanya juga, siri baharu ini akan menunjukkan Goku dan rakan-rakannya menjadi kecil kerana sebuah konspirasi. Jadi, untuk membetulkan keadaan, mereka akan pergi ke dunia lain.

Dalam siri baru ini juga akan ada kemunculan Nyoibo yang kita sudah lama tidak lihat. Ini kerana, badan Goku lebih kecil daripada biasa, dan memerlukan Nyoibo untuk membantunya ketika berlawan.

Masako Nozawa yang merupakan pelakon suara untuk Goku, turut memberikan komen berkenaan siri baharu yang akan datang itu.

“Bukankah video untuk siri baru ‘Dragon Ball DAIMA’ itu menakjubkan? Goku sangat comel dan terbaik! Saya terfikir tentang konspirasi disebalik wajah baharu Goku. Saya sangat ingin tahu, tetapi saya diberitahu butirannya masih rahsia! Saya akan menunggu anime baru bersama anda semua! Saya harap anda juga menantikannya!” katanya.

Dragon Ball DAIMA

Jika anda nak tahu, siri terbaharu ini dibuat bersempena dengan ulang tahun ke-40 untuk siri Dragon Ball! Siri ini diperkatakan terjadi sebelum kejadian Dragon Ball Super tetapi, selepas Goku dan Vegeta mengalahkan Kid Buu.

Dragon Ball DAIMA akan menjadi sebuah anime bersiri dan bukannya filem. Namun, bilangan episod dan tarikh pengeluarannya masih belum diketahui lagi. Ia dikatakan akan dikeluarkan pada musim luruh 2024, iaitu ketika ulang tahun ke-40 Dragon Ball. 

Dalam siri ini, terdapat watak antagonis baharu yang muncul selepas Goku dan Vegeta mengalahkan Badidi dan Majin Buu. Sebuah permintaan dibuat kepada Shenron yang menukarkan Goku serta watak-watak lain menjadi kecil.

Agak menarik siri terbaharu ni kan? Jadi, anda semua boleh lah bersiap sedia di depan komputer anda untuk menunggu saat-saat siri ini ditayangkan! Marilah kita sama-sama menunggu.

Sumber: Dragon Ball Official, Screen Rant

BACA JUGA: Sung Kang Akan Mengarah Filem Initial D

 

 

The post Siri Anime Baharu, Dragon Ball DAIMA Ditayang Tahun Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*