Tragis: Sari Tersangkut, Ibu Dua Anak Maut Diseret Kereta Api

wanita maut sari tersangkut

Tragis: Sari Tersangkut, Ibu Dua Anak Maut Diseret Kereta Api

Seorang ibu tunggal di India meninggal dunia secara tragis apabila sari yang dipakainya tersangkut pada pintu gerabak kereta api hingga menyebabkannya diseret sejauh beberapa meter, lapor India Tv News.

Ketua Pegawai Perhubungan Awam Delhi Metro Rail Corporation (DMRC), Anuj Dayal berkata kejadian ngeri itu berlaku di stesen Metro Inderlok pada Khamis lepas.

“Secara pandangan kasar, pakaian penumpang wanita itu tersangkut pada pintu kereta api yang membawa kepada kecederaan parah.

“Wanita itu meninggal dunia dua hari kemudian ketika  dia mendapatkan rawatan di hospital pada Sabtu lalu,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dayal turut mengatakan pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes itu.

Menurut sumber, siasatan awal menunjukkan mangsa masuk ke dalam kereta api untuk menuju ke Mohan Nagar bersama anaknya yang berusia 11 tahun dari Nangloi.

Bagaimanapun, sensor pintu Delhi Metro gagal mengesan kehadiran mangsa dan membuatkan dia terjatuh ke landasan kereta api menyebabkan kecederaan serius selepas diseret.

Mangsa yang dikenali Reena Devi, 35, segera dikejarkan ke Hospital Safdarjung dan dimasukkan ke wad kecemasan ICU Neurosurgery.

Walau bagaimanapun pihak hospital memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan trauma pada Sabtu pukul 4.20 petang.

Sementara itu, polis Delhi turut mengesahkan pihaknya telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkenaan dengan kejadian terbabit.

Polis juga memulakan prosiding inkues di bawah Seksyen 174 CrPC.

“Jika kecuaian (pihak Delhi Metro) dikenal pasti, satu kes akan didaftarkan,” katanya.

Dalam pada itu, merujuk laporan lain, difahamkan mangsa merupakan seorang ibu tunggal kematian suami yang telah meninggal dunia pada 2014 lalu.

Mangsa juga meninggalkan cahaya mata iaitu seorang anak perempuan, Ria, berumur 12 tahun dan seorang anak lelaki, Hiten, 11 tahun.

Sebelum ini mangsa pernah menyara hidup bersama dua anak kecilnya itu dengan menjual sayur-sayuran sebagai sumber pendapatan keluarga.

BACA: Wanita Maut Disyaki Dipukul Suami Guna Dumbel Angkara Cemburu

Semalam, dalam kejadian di Malaysia seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan Sabtu lalu maut dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Batu 3, Jalan Bernam dari arah Kuala Selangor menghala Tanjong Karang.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 10 malam pada Ahad.

Mangsa, Norsyam Nassullah Rahim, 23, meninggal dunia di tempat kejadian sementara isterinya Aini Hayati Mohd Radzi, 22, mengalami kecederaan di dagu dan patah kaki kiri.

Sumber: India Tv News

The post Tragis: Sari Tersangkut, Ibu Dua Anak Maut Diseret Kereta Api appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*