Boleh Dikenakan Tindakan, 11 Perkara Cikgu Wajib Teliti Sebelum ‘Post Content’ Dengan Murid

Content Dengan Murid

Boleh Dikenakan Tindakan, 11 Perkara Cikgu Wajib Teliti Sebelum ‘Post Content’ Dengan Murid

Penggunaan media sosial pada hari ini dilihat semakin berkembang dan meluas di serata dunia. Antaranya medium yang menjadi kegemaran orang Malaysia adalah Facebook, Instagram, X, dan TikTok. Kesemua medium ini menjanjikan pelbagai maklumat, hiburan, aksi dan juga gelagat serta karenah yang berlegar di dalam dunia.

Pun begitu, kerancakkan dalam bermedia sosial juga mendatangkan beberapa implikasi termasuk perbuatan jenayah siber, pengaruh yang negatif, kandungan yang sensitif dan tidak mengikut kod etika yang telah ditetapkan. Berkenaan situasi ini, sekarang sering kita lihat tenaga pengajar seperti guru pun sudah bergiat aktif dalam media sosial dengan melakukan pelbagai ‘content’. 

Ada yang menabur ilmu di dalam TikTok, ada juga yang berkongsi pandangan di Facebook serta ada yang membuat siaran langsung untuk mengajar beberapa subjek kepada murid. Namun, di sebalik semua perkara ini, adakah seorang guru dibenarkan untuk menjadikan murid-muridnya sebagai watak atau ‘talent’ dalam sesebuah kandungan. 

Jika diikutkan, terdapat kod etika yang perlu dipatuhi oleh seorang guru ketika hendak mengendalikan sesebuah akaun sosial media. Kod etika yang dimaksudkan adalah Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 11 Tahun 2023: Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Kementerian Pendidikan Malaysia.

Namun, alangkah lebih baik untuk kita mengetahui terlebih dahulu tentang risiko-risiko yang boleh dihadapi guru kerana membiarkan atau menyuruh sesetengah murid untuk memasuki kandungan mereka.

Content Dengan Murid
Gambar Hiasan via Bernama

Risiko Murid  Dijadikan Sebagai ‘Talent Content’

Tanpa disedari, membuat kandungan bersama murid  boleh mendatangkan pelbagai kemungkinan yang berbentuk risiko terhadap guru itu sendiri, murid itu mahupun keluarga murid  tersebut. Antaranya ialah apabila sesuatu kandungan yang memaparkan kisah kehidupan murid itu yang susah mendapat reaksi negatif dengan mempertikaikan pihak berwajib dengan soalan ‘kenapa murid tersebut tidak dibantu? Mana duit zakat yang kami bayar?.

Bukan itu sahaja, ada juga kandungan yang menyebabkan murid dan keluarganya berasa tidak selesa apabila menjadi bahan ketawa netizen di media sosial. Perkara ini sangat berkait rapat dengan tekanan perasaan bagi seorang murid. Lebih teruk, murid-murid dalam kalangan anak-anak berisiko menjadi perhatian atau mangsa cyber grooming atau cyberstalking.

Risiko murid dijadikan ‘content’ bukan saja mempengaruhi murid, namun guru yang sendiri terbitkan kandungan itu juga berdepan dengan pelbagai risiko. Antaranya terdedah kepada tindakan tatatertib, dipersoalkan tentang ‘consent’ apabila muat naik wajah murid, mungkin dikecam netizen sekiranya ada kesilapan dan banyak lagi. Pelbagai lagi contoh dapat kita lihat, namun ianya tetap bergantung kepada konteks dan objektif kandungan itu dibuat.

Garis Panduan Etika Penggunaan Media Sosial Oleh Kakitangan Awam KPM

Sekiranya mengikut garis panduan Etika Penggunaan Media Sosial Oleh Kakitangan Awam KPM, media sosial boleh menjadi medium untuk guru mempelbagaikan lagi usahanya untuk menyebarkan ilmu. Jika dilihat, guru boleh memanfaatkan penggunaan media sosial secara positif untuk tujuan:

  1. Membolehkan komunikasi dalam medium penyampaian pantas
  2. Menghasilkan dan memuat naik maklumat secara bertulis atau lisan bagi tujuan pembelajaran
  3. Meningkatkatkan keberkesanan penyampaian sistem pendidikan.

Antara lain, guru atau kakitangan awam KPM juga perlu mendapatkan persetujuan dan keizinan ibu bapa atau penjaga murid tersebut sebelum menyiarkan kandungan yang terdapat murid di dalamnya. Perkara ini bagi mengelakkan timbul isu dan pertikaian di kemudian hari. Dalam keasyikan bermedia sosial dan berlakunya kesilapan, guru hendaklah sebaik-baiknya mengakui pada umum, buat pembetulan dan memohon maaf kepada pihak berkaitan secara terbuka  dalam laman sosial yang terlibat dengan kadar segera.

Content Dengan Murid
Gambar Hiasan via Bernama

Larangan Penggunaan Media Sosial Oleh Kakitangan Awam KPM Termasuk Guru

Walaupun penggunaan media sosial bagi guru dibenarkan atas beberapa tujuan, ada juga larangan yang perlu dipatuhi supaya tidak menjejaskan kredibiliti seorang guru. Antara larangannya adalah:-

  1. Mendedahkan maklumat rasmi yang terkandung dalam dokumen sulit/dokumen terhad kerajaan kepada pihak umum
  2. Memberikan atau berkongsi komen negatif tentang isu yang melibatkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan pentadbir sekolah
  3. Membuat atau berkongsi sebarang pernyataan yang menyentuh perkara yang boleh menjejaskan imej dasar Kerajaan, maklumat yang tidak sahih, maklumat berbentuk fitnah, hasutan dan lucah.
  4. Membuat sebarang pernyataan, provokasi sesuatu isu yang menyalahi peraturan dan undang-undang atau perkara yang menyentuh sensitiviti individu atau kumpulan tertentu yang boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni.
  5. Berkongsi kenyataan yang menyentuh isu sensitif berkaitan dengan institusi diraja, agama, kaum, politik dan individu terutamanya isu yang boleh mengancam keselamatan negara. 
  6. Memuat naik kandungan multimedia yang berkaitan dengan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa atau penjaga tanpa kebenaran.
  7. Bertindak balas terhadap pihak yang membuat provokasi
  8. Melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh membawa kepada jenayah sosial dan seksual
  9. Menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu bekerja
  10. Melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh menjurus kepada buli siber
  11. Melibatkan diri dengan perniagaan dalam talian tanpa kebenaran

Secara tuntas, penggunaan media sosial dapat mendatangkan pelbagai faedah sekiranya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh tenaga pengajar dan juga murid. Namun, sekiranya media sosial digunakan tanpa mengikut kod etika yang telah ditetapkan, pasti akan mendatangkan masalah yang tidak dijangka pada kemudian hari. Komuniti di media sosial semakin berkembang, jadi semakin banyak karenah dan tanggapan orang terhadap sesuatu kandungan yang dimuat naik. 

The post Boleh Dikenakan Tindakan, 11 Perkara Cikgu Wajib Teliti Sebelum ‘Post Content’ Dengan Murid appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*