Tragis, Wanita Mati Depan Anak Selepas Bunga Api Termasuk Dalam Baju

Seorang wanita di Brazil mati selepas bunga api yang dinyalakan pada malam sambutan tahun baharu terperangkap di dalam baju dipakainya.

Sambutan tahun baru 2023 bertukar tragedi selepas seorang wanita di Brazil maut disebabkan bunga api terperangkap dalam pakaiannya sebelum meletup di hadapan kedua anaknya pada Selasa, lapor Daily Mail.

Difahamkan segalanya bermula dengan pertunjukan bunga api sebagai simbolik kebiasaan ambang tahun baharu yang dilapor diadakan di kawasan sebuah pantai di sana.

Bagaimanapun ada antara bunga api berkenaan dikatakan terperangkap di dalam baju mangsa sebelum meletup, sekali gus mengakibatkannya maut serta-merta dalam keadaan tragis di depan anaknya.

Letupan tersebut mengakibatkan beberapa penonton yang berada di sekitar situ bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing untuk mengelak daripada terkena bunga api.

Dalam pada itu terdapat juga saksi yang memaklumkan kepada akhbar tempatan bahawa beberapa pertunjukan bunga api yang dijalankan didakwa tidak mendapat keizinan daripada pihak berkuasa.

“Saya melihat kilat besar ketika tengah malam dan semua orang mula menjerit.

“Selepas itu saya ternampak seorang wanita yang berlumuran dengan darah terbaring di atas tanah bersama budak lelaki di sebelahnya,” katanya.

Kejadian ngeri yang berlaku terhadap suspek dimaklumkan oleh sepupu mangsa berusia 41 tahun yang berada di sana bersamanya.

Difahamkan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis untuk mencari punca kejadian.

Sumber: Daily Mail

The post Tragis, Wanita Mati Depan Anak Selepas Bunga Api Termasuk Dalam Baju appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*