Kelab Liga Malaysia cari CEO baharu gaji RM 15,000

PETALING JAYA: Kerancakan musim baharu Liga Malaysia 2023 bukan sahaja dihangatkan dengan berita perpindahan pemain dan jurulatih, namun turut menggamit perhatian apabila sebuah pasukan bola sepak kini turut mencari Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.

Menerusi perkongsian di laman media sosial, kelab berkenaan seda mencari individu yang mempunyai pelan untuk membentuk hala tuju pasukan berkenaan selain mempunyai kepakaran untuk merangka pelan perniagaan bagi memperkukuhkan dana kewangan pasukan

Bagaimanapun, butiran mengenai pasukan yang sedang mencari  CEO baharu itu tidak didedahkan, dan hanya dinyatakan lokasi kelab berkenaan iaitu di Kuala Lumpur.

Tetapi antara perkara yang menarik perhatian merupakan gaji yang ditawarkan untuk mengisi jawatan berkenaan, iaitu sekitar RM 10,000 hingga RM 15,000. -Utusan Online

The post Kelab Liga Malaysia cari CEO baharu gaji RM 15,000 appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*