Tujuh Maut, Dua Lagi Parah Selepas Lif Dinaiki Terhempas Akibat Terlebih Muatan

lif terlebih muatan

Tujuh Maut, Dua Lagi Parah Selepas Lif Dinaiki Terhempas Akibat Terlebih Muatan

Seramai tujuh orang dilaporkan terkorban manakala dua yang lain cedera parah selepas lif yang dinaiki mereka terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di Lampung, Indonesia.

Memetik laporan Kompas.com, mangsa dipercayai merupakan buruh binaan dan sedang melakukan kerja-kerja di bangunan sekolah terbabit.

Seorang penduduk di sekitar lokasi kejadian bernama Yusuf mendakwa bahawa dia terdengar bunyi dentuman yang kuat semasa kejadian tersebut.

“Siang tadi ada bunyi kuat seperti ada benda jatuh, tapi saya tak tahu bunyi apa itu,” katanya.

Menurut Yusuf, dia pada mulanya tidak tahu ada kemalangan melibatkan lift terjatuh. Dia hanya mengetahui mengenai kejadian tersebut selepas matahari terbenam.

“Saya tidak tahu dan pasti, kerana dari petang tadi biasa-biasa saja. Malah tiada ambulans juga datang, saya tidak tahu bagaimana mangsa dibawa ke hospital,” katanya lagi.

Sekitar jam 8.00 malam WIB, Yusuf mendakwa dia telah melihat polis telah datang ke lokasi kejadian (TKP).

“Sekitar jam 8 malam ada kereta polis datang, saya rasa mereka sedang menyiasat TKP,” tambah Yusuf.

Sementara itu, seorang penjaga sekolah telah menafikan kejadian tersebut selepas ditanyakan oleh wartawan.

“Tidak ada kejadian apa-apa, saya masuk petang dan pekerja syif siang tidak memberitahu apa-apa,” jelas penjaga tersebut.

Walau bagaimanapun, setelah didesak oleh anggota Polis Resor Kota, Banda Lampung, penjaga itu akhirnya menceritakan kejadian tersebut. Dia berkata bahawa dia telah mendengar bunyi dentuman yang kuat.

“Ya bunyi kuat, sebab itu saya lari ke sini. Sudah ada rakan lain di sini, membawa mangsa ke kereta,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut dipercayai merupakan pekerja tapak projek bangunan sekolah berkenaan.

Kejadian dikatakan berlaku sewaktu kesemua pekerja terbabit mahu pulang ke rumah selepas habis kerja pada waktu tersebut.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Bandar Lampung, Kompol Dennis Arya Putra Mendedahkan bahawa kemalangan lif itu telah disoal kepada beberapa orang saksi.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut, termasuk mendapatkan kronologi terperinci berkenaan kemalangan itu,” kata Dennis.

Ketika kejadian, kesemua mangsa sedang turun dari tingkat lima ke tingkat satu bangunan sekolah itu menggunakan lif barang.

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Bagaimanapun, lif itu dipercayai telah terlebih muatan sehingga menyebabkan ia tidak mampu menampung berat kesemua mangsa.

Jelas Dennis, polis juga sedang menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah atau kecuaian dalam kemalangan lif tersebut.

Sumber: Kompas.com

The post Tujuh Maut, Dua Lagi Parah Selepas Lif Dinaiki Terhempas Akibat Terlebih Muatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*