“Bersih & Sangat Tenang”, Sedang Umrah, Angeline Tan Kongsi Keindahan Kota Madinah

Angeline Tan kongsi pengalaman

“Bersih & Sangat Tenang”, Sedang Umrah, Angeline Tan Kongsi Keindahan Kota Madinah

Pelakon, Angeline Tan dilapor berkongsi pengalaman menariknya selepas kali pertama menjejakkan kaki di Kota Madinah.

Memetik Sinar Harian, Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan telah berangkat ke Kota Madinah pada awal pagi Ahad lalu.

Keberangkatan Angeline turut ditemani oleh suami tercintanya, Sabri Yunus.

“Tadi solat di Masjid Nabawi, Madinah. Walaupun di sini 24 jam penuh dengan ramai orang tetapi suasana sangat bersih dan tenang,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

Malah, pelakon yang popular menerusi sitkom Pi Mai-Pi Mai Tang Tu itu juga berkesempatan menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Angeline Tan (@angelinetanyy)

Ujar Angeline lagi, ramai dalam kalangan kenalan turut mengirim doa padanya.

“Ramai yang kirim doa pada saya. Keluarga, kawan-kawan, sahabat artis, kru produksi yang sama-sama berjuang, kawan-kawan dalam Instagram dan ramai lagi.

“Saya janji, saya akan doa dan minta dengan ALLAH yang Maha Kuasa. Insya-ALLAH… Semoga semua sahabat sentiasa dilindungi dan akan dijemput menjadi tetamu ALLAH.

“Semoga ALLAH akan makbulkan semua doa dan permintaan saya,” kongsinya lagi.

Mendapat sokongan daripada rakan artis dan pengikut

Perkongsian positif daripada Angeline Tan itu telah mendapat perhatian ramai dikalangan rakan artis dan pengikutnya. Mereka dilihat tersentuh dengan perjalanan Angeline selepas memeluk Islam dan bergelar isteri.

Mereka juga turut mendoakan agar ibadah umrah yang sedang dilakukan itu mendapat keberkatan dan mabrur.

Angeline selamat mendirikan rumah tangga dengan Sabri Yunus pada 14 Oktober lepas. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza dalam satu majlis ringkas.

Kedua-duanya merupakan tonggak utama Pi Mai-Pi Mai Tang Tu, namun sebenarnya pertama kali bergandingan menerusi drama Pak Din KK pada 1992.

Dalam Pi Mi PI Mai Tang Tu, Angeline membawa watak Lucy manakala Sabri Yunus tampil sebagai Wan Ismail Golok.

Menurut Angeline, dia mengangap Sabri sebagai seorang guru dalam bidang lakonan.

BACA: Boleh Ke Ganti Gula Dengan Pemanis Tiruan Untuk Pesakit Diabetes? Ikuti Penjelasan Ini

Sumber: Sinar Harian

The post “Bersih & Sangat Tenang”, Sedang Umrah, Angeline Tan Kongsi Keindahan Kota Madinah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*