Tular Isu Rawatan Di Hospital Pasir Mas, JKN Kelantan Telah Jalankan Siasatan Awal 

KN Kelantan Ambil Berat Isu Tular Di Hospital Pasir Mas

Tular Isu Rawatan Di Hospital Pasir Mas, JKN Kelantan Telah Jalankan Siasatan Awal 

KOTA BHARU — Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan memaklumkan bahawa pihaknya telah mengambil langkah proaktif dengan menjalankan siasatan awal berhubung isu tular di Facebook berkaitan rawatan di Hospital Pasir Mas baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dato’ Dr Zaini Hussin berkata, laporan awal mendapati bahawa seorang pesakit lelaki berumur 16 tahun telah menerima rawatan di Hospital berkenaan pada 14 Januari 2023 akibat kemalangan jalan raya.

“Diagnosis awal yang telah diberikan adalah Motor Vehicle Accident with Dental Trauma dan rawatan kecemasan telah diberikan di Jabatan Kecemasan di hospital tersebut.

“Pada masa yang sama, kes ini juga telah dirujuk kepada Jabatan Bedah Mulut, Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan kepakaran lanjut dan telah diberikan temu janji dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, JKN Kelantan mendapati bahawa terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian seperti masalah komunikasi sehingga timbulnya aduan tersebut.

Tambah Dr Zaini, pihak hospital akan menjalankan siasatan lanjut dan konsultasi bersama semua pihak terbabit termasuk pesakit dan keluarga.

“JKN Kelantan memandang serius terhadap insiden ini dan akan mengambil tindakan yang menyeluruh bagi memastikan penyampaian kesihatan yang berkualiti tinggi yang mengutamakan pelanggan dengan menekankan sifat profesionalisme dan penyayang selaras dengan misi dan visi Kementerian Kesihatan,” katanya lagi.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The post Tular Isu Rawatan Di Hospital Pasir Mas, JKN Kelantan Telah Jalankan Siasatan Awal  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*