Tular, Lagu Kugiran Masdo ‘Pujaanku’ Dinyanyikan Kumpulan K-Pop

lagu pujaanku k-pop

Tular, Lagu Kugiran Masdo ‘Pujaanku’ Dinyanyikan Kumpulan K-Pop

“Saat malam mengulit lenamu.. Dan cahaya pagi menyapa dirimu..”

Siapa sahaja yang tidak mengetahui lagu berjudul Pujaanku, yang dinyanyikan oleh kumpulan muzik terkenal, Kugiran Masdo?

Lagu yang diterbitkan pada tahun 2023 ini mendapat perhatian ramai dan ia dinyanyikan secara duet oleh Masdo bersama penyanyi dari Singapura, Aisyah Aziz.

Baru-baru ini, lagu yang dipopularkan kumpulan muzik tempatan itu kembali mencuri perhatian apabila dinyanyikan oleh ahli Kumpulan K-Pop N.SSign, Kazuta dan Junhyeok.

Dalam klip yang dimuat naik di platform X @nssignscosmo mendedahkan ahli kumpulan itu mendendangkan salah satu album daripada Masdo iaitu, Pujaanku

Junhyeok lagu masdo
Gambar: X @nssignscosmo

Lebih menarik, setiap bait lirik tidak diterjemahkan sebaliknya dinyanyikan dalam bahasa asal iaitu Melayu. Kedua-dua mereka juga menyanyikan lagu tersebut sambil menari secara berirama.

Susulan tular di media sosial, penyanyi asal lagu tersebut turut memberi reaksi terhadap nyanyian kumpulan K-pop itu.

Dalam satu hantaran, Masdo meninggalkan komen satu perkataan menyatakan perasaannya berkaitan kumpulan tersebut menyanyikan lagu mereka.

Fuyoh!” komen Masdo dengan ringkas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berkenaan seakan ‘terpegun’ melihat ahli kumpulan K-Pop itu menyanyikan lagu tersebut.

Berikut adalah komen-komen warga maya;

@KugiranMasdo tengok ni!,” tulis seorang pengguna platform tersebut.

“Fuyoh dah ke Korea lagu ini,” kata salah seorang lagi pengguna.

“Berbunga hati saya,” kata seorang pengguna.

Sewaktu artikel ini ditulis, video ini mendapat lebih 312,000 tontonan dengan lebih 2,000 Retweet dan 3,400 tanda suka.

Pujaanku Masdo

Lagu yang berjudulkan ‘Pujaanku’ ini menggambarkan perasaan seseorang yang sangat mencintai dan menghormati seseorang yang disebut sebagai pujaan. Lagu ini mengekspresikan cinta, penghormatan, dan kesetiaannya yang abadi.

BACA: Siap Ada Meja Sendiri, Kucing Dibawa “Fine Dining” Tengok Menu Pun Rasa Mewah

Untuk makluman, kumpulan muzik Kugiran Masdo terkenal dengan identiti muzik pop klasik dan Indie dengan sentuhan lagu Melayu era 1960-an.

Kumpulan ini mula ditubuhkan pada tahun 2015 dan dianggotai oleh Ali Sariah (penyanyi), Azham Ahmad yang bermain dram, Putu Ceri (bass dan vokal) dan Asmawi (gitar dan vokal).

Masdo juga menerbitkan album studio sehingga membawa fenomena dengan deretan lagu hits antaranya Berduka Lara, Malam Pesta, Teruna & Dara, Bercanda Di Malam Indah, Bunga dan Dinda.

Sumber: X @nssignscosmo

BACA: Lagu ‘Lemak Manis’ Kembali Dapat Perhatian, Roslan Madun Ucap Terima Kasih

The post Tular, Lagu Kugiran Masdo ‘Pujaanku’ Dinyanyikan Kumpulan K-Pop appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*