Ribut Taufan Freddy Badai Madagascar, Seorang Terkorban

Taufan Freddy Madagasca

ANTANANARIVO — Sekurang-kurangnya seorang maut dalam ribut taufan Freddy yang membadai Mananjary di pantai timur Madagascar semalam, lapor AFP.

Pejabat Pengurusan Risiko Negara (BNGRC) memaklumkan, mangsa yang terkorban berusia 27 tahun ditemui berhampiran pelabuhan Mahanoro, di utara Mananjary.

Difahamkan, ribut berkenaan membawa angin dengan kelajuan sekitar 130km sejam. Ia melanda kawasan itu sekitar jam 4.40 petang.

Susulan itu, beberapa penerbangan ke wilayah pantai timur itu terpaksa dibatalkan. Ia turut menimbulkan kebimbangan bahawa lebih banyak kemusnahan yang bakal berlaku terhadap negara miskin itu.

Salah seorang penduduk yang tinggal berdekatan lautan di Mananjary berkata sewaktu ribut melanda mereka berada di rumah.

“Semua pintu dan tingkap mula bergegar. Saya bersama ibu bapa dan tiga adik-beradik lain meninggalkan rumah. Kami berlindung di pejabat suami.

“Di sebelah kami sekurang-kurangnya lima rumah telah kehilangan bumbung rumah,” katanya melalui telefon.

Pegawai Kanan BNGRC, Faly Aritiana Fabien memberitahu AFP, ribut berkenaan merupakan salah satu taufan terkuat yang melanda negara tersebut.

Jelas Fabien lagi, mereka telah mengambil langkah bagi mengurangkan risiko nyawa terkorban akibat taufan.

BACA JUGA: Gempa Kuat Gegar New Zealand Selepas Darurat Taufan

“Sekurang-kurangnya 8,000 orang telah dipindahkan secara pencegahan di daerah Mananjary. Sebagai rakyat tempatan, kami adalah negara yang paling berpengalaman ketika berdepan ribut taufan.

“Tambahan lagi, sebanyak enam taufan berlaku pada tahun lalu,” katanya

Sementara itu, Badan Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata lebih 2.3 juta penduduk terjejas akibat taufan Freddy itu.

Sebanyak empat daripada enam sekolah telah ditutup berikutan ribut berkenaan, maklum Menteri Pendidikan Madagascar.

Dalam pada itu, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) melaporkan taufan Freddy merupakan taufan pertama yang melanda pada musim ini.

Ketua Institut Pengurusan Bencana, Luisa Meque, memberitahu media tempatan, mereka akan segera memindahkan penduduk dari kawasan berisiko secepat mungkin.

Tiada kerosakan besar berlaku di Madagascar sewaktu Taufan Freddy melanda sekitar 190 kilometer dari pantai Pulau Reunion dan Mauritius pada malam Isnin.

Ia kini dilaporkan mula menuju ke Mozambique dan Zimbabwe di tanah besar Afrika.

Manjary merupakan sebuah bandar di kawasan pantai Madagascar dengan populasi penduduk sekitar 25,000 orang.

Terdahulu, Taufan Batsirai dilaporkan melanda kawasan itu dan mengakibatkan lebih 130 orang terbunuh di seluruh negara.

Sumber: AFP via Yahoo News

The post Ribut Taufan Freddy Badai Madagascar, Seorang Terkorban appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*