Tular Polis Thai Selamba Lamar “GF” Ketika Jalan Tengah Sesak

Polis thai lamar

Tular Polis Thai Selamba Lamar “GF” Ketika Jalan Tengah Sesak

Seorang pegawai polis Thailand menjadi tular apabila bertindak nekad melamar teman wanitanya di tengah-tengah kesesakan lalu lintas.

Video detik romantis itu telah dimuat naik oleh polis yang bernama Piyawat Chaiyawet di akaun TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian video tersebut, Piyawat dilihat telah keluar dari keretanya ketika lampu isyarat berwarna merah.

Sebelum keluar, dia sempat meminta teman wanitanya untuk merakam videonya ketika berada di luar kereta.

Wanita itu seperti sudah menduga apa yang cuba dilakukan Piyawat namun masih menyatakan kebimbangannya untuk melakukan di situ.

“Saya tahu! Sekarang saya tahu kenapa awak berkelakuan pelik sepanjang hari!” kata wanita itu di dalam video tersebut.

Piyawat yang sudah berada di luar kereta kemudian berdiri di hadapan kereta sambil memegang kertas yang tertera mesej yang ingin disampaikan kepada teman wanitanya.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Mesej itu berkata:

“Sayang, kita sudah bersama sejak lama. Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya menjaga awak buat selama-lamanya,” tulis mesej di atas kertas tersebut.

Piyawat kemudian dilihat sempat berpaling untuk melihat sama ada lampu isyarat sudah bertukar hijau atau belum.

Piyawat akhirnya mengeluarkan sebentuk cincin dan menunjukkan sehelai lagi kertas dengan mesej yang mengajak teman wanitanya berkahwin.

“Sudikah awak berkahwin dengan saya?” tulis mesej pada kertas itu.

Teman wanitanya yang berada di dalam kereta tersebut membalas lamaran Piyawat dengan membuat isyarat tangan mengiyakan lamaran itu. Lamaran yang diterima itu telah membuatkan Piyawat tersenyum dengan lebar.

Kisah romantis ini bukanlah yang pertama tular di Thailand. Pada Hari Kekasih lalu, seorang lelaki berusia 52 tahun Suthep Maew telah berkahwin dengan teman wanitanya.

Apa yang membuat kisah ini tular adalah kerana Suthep sanggup berjalan kaki sejauh 1,200 kilometer dari rumahnya di Nakhon semata untuk meminang Yu di rumahnya di Satun.

Pengakhiran bahagia pasangan itu tular di media sosial Thai, dengan ramai orang berkumpul untuk mengucapkan tahniah. Seorang pemilik syarikat herba malam memberi mereka sebuah kereta sebagai menghargai usaha Maew dan kasih sayangnya terhadap Yu.

@piyawatpark

ให้ผมได้ดูแลผู้หญิงคนนี้ตลอดไป..❤ เล่นไม่ใหญ่เเน่นะครับ #ครูปาร์ค ☺

♬ เสียงต้นฉบับ – Piyawat Chaiyawet – Piyawat Chaiyawet

Sumber: The Thaiger

The post Tular Polis Thai Selamba Lamar “GF” Ketika Jalan Tengah Sesak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*